Myvi hanyut akibat redah arus deras, JBPM masih belum temui kereta dan mangsa

oleh SALINA JALIL|
Sebuah kereta Perodua Myvi dihanyutkan arus deras ketika melalui jambatan konkrit di Jalan Kionsom Lama, Inanam, petang semalam di Kota Kinabalu.


Dalam kejadian 6 petang itu, difahamkan, terdapat dua mangsa dalam kenderaan itu yang dikatakan cuba melepasi jambatan berkenaan, namun gagal selepas dihanyutkan arus deras.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Detik cemas itu sempat dirakam oleh pemandu yang berada di belakang kenderaan berkenaan sebelum tular di media sosial. Belum ada sebarang pengesahan diterima dari pihak berkuasa setakat ini.

 

Bagaimanapun, menurut beberapa penduduk sekitar kawasan kejadian mendakwa mangsa yang dikenali sebagai Joseph itu selamat dalam kejadian terbabit.

 

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian itu pada pukul 6.01 petang.

 

“Pasukan bomba menggunakan Lori Hicom BHX 619 dikerah ke lokasi kejadian bagi mencari dan menyelamat mangsa. Kita setakat ini masih belum menerima sebarang laporan sama ada mangsa dan kenderaan sudah ditemui atau belum.

 

Setakat jam 9 malam tadi, pihak bomba belum menemui kereta atau mangsa.

 

Katanya, usaha mencari dan menyelamat masih lagi diteruskan namun pasukan bomba berdepan kesukaran berikutan keadaan arus sungai yang masih deras.

 

"Pihak bomba juga sudah menghubungi anak mangsa yang mengesahkan mangsa atau kenderaan belum ditemui.

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Informasi
  Beliau berkata, ketiga-tiga mangsa berusia 17 hingga 38 tahun menetap di Puteri Wangsa, Ulu…
Berita Domestik
  Menurutnya, setakat ini tiada laporan polis diterima berkaitan kejadian itu.   "Konvoi enam…
Informasi
  Kejadian kira-kira pukul 1.40 tengah hari itu berlaku ketika feri tersebut membawa muatan…