Nahas Putrajaya: Anthony Loke arah JPJ, APAD siasat lori terlibat kemalangan

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Bernama
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah diarahkan untuk melakukan siasatan terhadap kemalangan maut melibatkan lori dengan beberapa buah kenderaan lain di Putrajaya pada pagi Rabu.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, siasatan akan tertumpu kepada lori terbabit termasuk menyiasat kemungkinan kenderaan itu membawa muatan melebihi had.

Beliau turut memberi jaminan siasatan berhubung insiden itu akan dilakukan secepat mungkin.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

“Konvoi itu bukan dengan mana-mana VIP, ia adalah raptai untuk Le Tour de Langkawi (LTdL).

"Itu adalah latihan untuk LTDL. Ini telah diberitahu kepada saya oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

“Sudah pasti ia kejadian yang sangat menyedihkan apabila lori merempuh kenderaan di sana.

“Saya juga telah meminta JPJ dan APAD untuk menjalankan siasatan, sama ada lori berkenaan terlebih muatan atau tidak.

“Melihat daripada gambar lokasi kejadian, muatan lori tersebut agak penuh juga. Jadi kita pasti akan membuat siasatan sama ada terlebih muatan atau tidak,” katanya.

Anthony berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH) National Affairs Conference, pada Rabu.

Terdahulu, pihak media melaporkan dua penunggang motosikal disahkan maut dalam nahas melibatkan 12 buah kenderaan di Kilometer 5.7 Jalan Persiaran Utara, di sini, pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, kejadian berlaku jam 10.14 pagi.

Ketika kejadian, kesemua kenderaan terbabit berhenti untuk memberi laluan kepada konvoi anggota trafik Le Tour de Langkawi (LTdL).

 

Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
“Penggantungan itu ditetapkan atas kesalahan gagal mematuhi syarat berkanun lesen Akta Pengangkutan…
Berita Domestik
"Undang-undang kita yang sedia ada cukup tegas bukan saja bawah Akta Pengangkutan Jalan tapi juga…
Informasi
Menurut kenyataan itu, APAD sedang bekerjasama dengan agensi terbabit bagi mendapatkan laporan…