Naik taraf penghadang jalan - PLUS tutup sementara lorong kanan Spg Renggam-Sedenak sehingga April 2021

oleh Mohamad Hanif|
PLUS dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan baru-baru ini mengumumkan penutupan sementara lorong kanan antara Simpang Renggam ke Sedenak (KM50.15 - KM46.50) untuk tujuan naik taraf penghadang jalan.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Penutupan tersebut akan bermula jam 11.00 pagi 21 Disember 2020 dan dijangka siap dalam tempoh empat bulan sebelum dibuka semula pada 4 April 2021.

Menurut PLUS, penghadang jalan besi sedia ada akan dinaiktaraf kepada tembok penghadang konkrit secara berperingkat bertujuan untuk mengurangkan insiden kemalangan kenderaan berat terbabas dan memasuki laluan bertentangan.

Para pengguna lebuh raya PLUS adalah dinasihatkan untuk sentiasa merancang perjalanan dengan menggunakan aplikasi PLUS dan mematuhi papantanda trafik serta arahan yang dikeluarkan oleh kakitangan PLUS semasa melalui kawasan tersebut.

 

Berita Berkenaan

Informasi
Di Lebuhraya SPRINT, jalan susur ke Jalan Kayu Ara (arah Damansara), bertentangan Petronas NGV akan…
Berita Domestik
Menurut Rawi, masalah utama Smart Lane ialah ramai pengguna yang tidak tahu laluan kecemasan di…
Berita Domestik
Sehubungan dengan itu, pihak PLUS akan mengaktifkan SmartLane di 14 lokasi tumpuan trafik…