Nak menang Honda N-Box? Mudah sahaja caranya, beli tiket atau barangan rasmi IAM-MME 2024!

oleh Penyumbang Rencana|
Acara International Automodified (IAM) Kuala Lumpur-Malaysia Motor Expo (MME) kembali lagi dan akan berlangsung dari 8 hingga 9 Jun 2024 di Kuala Lumpur Convention Centre.

Untuk menambah keterujaan menjelang acara tersebut, IAM-MME menawarkan Honda N-Box yang telah diubah suai secara percuma kepada mereka yang bertuah!
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Anda berpeluang memenangi Honda N-Box secara percuma hanya dengan membuat pembelian tiket masuk atau membeli mana-mana barangan rasmi di International Automodified (IAM) Kuala Lumpur-Malaysia Motor Expo (MME).

rear

Tahun ini juga IAM-MME turut diadakan sempena sambutan tahun ke-20 Anugerah Kereta Terbaik Malaysia, memberi penghormatan kepada pengunjung dengan bukan sahaja cabutan bertuah Honda N-Box tetapi juga koleksi modifikasi terbaik Malaysia.

Bukan itu sahaja, IAM-MME 2024 juga akan mempamerkan produk pengeluar peralatan asli (OEM) dan menampilkan produk serta inovasi terkini dalam industri automotif.

Ini termasuk paparan kenderaan baharu, termasuk kenderaan elektrik, dan bahagian khas yang didedikasikan untuk pemenang anugerah Kereta Terbaik Malaysia 2023.

custom

Selain itu, turut dipamerkan adalah pelbagai jenis kenderaan yang tidak terdapat di bilik pameran rasmi oleh pengimport kenderaan bebas.

Pembelian tiket ini dibuka pada harga RM32 dan boleh didapati dalam talian melalui https://www.ticket2u.com.my/event/34477?r=r124

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.internationalautomodified.com dan www.malaysiamotorexpo.com.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dari 2011 hingga 2023, jualan melebihi 2.5 juta unit!   Buktinya, jualan siri N-BOX (N-BOX, N-…
Berita Global
  Honda N-BOX CUSTOM PREMIUM STYLE Sejak generasi sebelum ini dan kepada yang berhajat, terdapat…
Berita Global
Untuk kebanyakan model, Mugen menyediakan sehingga dua jenis spoiler hadapan, diikuti dengan…