Nanta - KKR belanja RM73.4 juta selenggara jalan berlubang, perabot jalan

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Kementerian Kerja Raya (KKR) telah membelanjakan sebanyak RM73.45 juta untuk menyelenggara jalan berlubang dan perabot jalan, di semua jalan Persekutuan di seluruh negara dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Beliau berkata ia merupakan sebahagian daripada peruntukan kerajaan untuk Kempen My Jalan berjumlah RM217.80 juta, yang bertujuan menaik taraf infrastruktur keselamatan jalan raya.
MINI MREC Banner Campaign February 2025 - Week 2

"Setakat 30 Jun lepas, sebanyak 2,950 jalan berlubang telah diselenggara, selain kerja baik pulih perabot jalan termasuk rel adang, papan tanda, garis jalan pudar, longkang, tiang lampu, pembahagi jalan dan pembentungan, serta kerja pemotongan," katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas lawatan pemantauan pengujian Sistem Pembayaran Tol Terbuka (SPT) di Plaza Tol Putrajaya di sini hari ini, beliau berkata Kementerian Kerja Raya (KKR) sedang merangka kempen, bagi mengatasi masalah utama melibatkan jalan berlubang, lampu jalan, perabot jalan.

Nanta berkata kempen tersebut, akan melibatkan pelbagai pihak terutama pemain industri, agensi kerajaan dan swasta, bagi memastikan insfrastruktur berkenaan dalam keadaan baik untuk keselamatan dan keselesaan pengguna.

Sementara itu, beliau berkata KKR akan menyediakan saluran aduan sehenti dalam bentuk aplikasi, bagi memudahkan aduan awam dan melancarkan pemprosesan aduan yang diterima.

"Aplikasi itu dapat memberi lokasi tepat kepada kita, di mana ada isu jalan rosak yang dihantar oleh pengadu supaya tindakan dapat diambil," katanya.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
“Lampu jalan memang kadangkala terhad dan kementerian tidak mampu menyediakan lampu untuk semua…
Berita Domestik
Perkara itu telah dipersetujui dalam Majlis Tindakan Pembangunan Negara (MTPN) yang dipengerusikan…
Berita Domestik
Produk berkenaan kini di peringkat Proof of Concept (POC) dan dipasang di sepanjang 300 meter di…