NIO lancar stesen penukaran bateri generasi baharu

oleh Mohamad Hanif|
NIO dengan kerjasama Sinopec baru-baru ini melancarkan secara rasmi Power Swap Station 2.0, stesen penukaran pek bateri generasi baharu di China.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Power Swap Station 2.0 dikatakan mempunyai kelengkapan 239 unit penderia, serta empat sistem pengkomputeran awan yang membolehkan pengguna melakukan penukaran bateri secara layan diri dengan hanya menggunakan satu sentuhan dari dalam kenderaan sahaja.

Sistem terbaharu ini mampu mengendalikan sehingga 312 penukaran bateri kenderaan elektrik dalam masa sehari, menjadikannya tiga kali lebih pantas berbanding stesen generasi pertama.

Menurut pengerusi Sinopec Yuzhuo Zhang berkata, syarikat itu sedang merancang untuk membangunkan kira-kira 5,000 pusat pengecasan bateri dan stesen penukaran bateri di seluruh China dengan bantuan daripada NIO.

 


Selain daripada itu, NIO dan Sinopec juga telah menandatangani kerjasama strategik yang bakal memperlihatkan kolaborasi di dalam pembangunan bahan baharu, teknologi kenderaan elektrik pintar, bateri sebagai sebuah servis, pembelian kenderaan dan juga fasiliti EV.

Sinopec turut menambah, kerjasama ini menandakan satu peralihan daripada penjualan produk petroleum tradisional semata-mata kepada sebuah pembekal tenaga integrasi yang merangkumi minyak, gas, hidrogen, elektrik dan perniagaan bukan berasaskan minyak.

Pada suku keempat tahun 2020, NIO telah berjaya menjual kira-kira 17,353 unit kenderaan berbanding 8,224 unit penghantaran yang telah dibuat pada tempoh yang sama tahun 2019.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Bateri baharu itu mensasarkan pembinaan bateri yang mampu bertahan selama 15 tahun, hampir dua kali…
Berita Global
CYVN Holdings, syarikat pelaburan itu akan membeli 294 juta saham Nio yang akan dikeluarkan pada…
Berita Global
Firefly merupakan kenderaan EV ‘entry level’ dan kenderaan lebih mampu milik dibawah naungan jenama…