NIO LANCARKAN JENAMA EV MAMPU MILIK DI EROPAH

oleh Penyumbang Rencana 2|
PEMBUAT kenderaan eletrik (EV) dari China, NIO mengumumkan pelancaran model sub-jenama mereka yang lebih mampu milik iaitu Firefly yang bakal dipasarkan di Eropah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Firefly merupakan kenderaan EV ‘entry level’ dan kenderaan lebih mampu milik dibawah naungan jenama NIO.

NIO merancang untuk melancarkan jenama Firefly pada tahun 2025 di Eropah kerana ia dianggap mampu bersaing di pasaran dengan jenama-jenama yang lain.

 

NIO

 

Menurut pengkhabaran mengenai Firefly pada tahun lalu, terdapat laporan bahawa ia akan fokus kepada kenderaan berharga dari 100,000 yuan hingga 200,000 yuan (RM65,000-RM132,000).

Walaubagaimanapun, buat ketika ini masih belum ada lagi harga rasmi bagi model-model jenama Firefly tersebut.

Pada masa yang sama juga, NIO sedang membangunkan sub-jenama kedua mereka iaitu Alps dan terus menjadi kan NIO berdiri sebagai jenama utama.

Untuk sub-jenama Alps, ia akan menawarkan model-model yang berharga di antara 200,000 yuan hingga 300,000 yuan (RM132,000-RM198,000).

 

NIO

 

Menurut laporan dari Reuters, Presiden NIO, Lihong Qin mengesahkan bahawa Firefly akan mengeluarkan kereta keluarga EV untuk pasaran Eropah pada tahun 2025 bagi menyaingi jenama-jenama yang lain.

Model NIO yang kini dijual di Eropah agak sukar dijual dalam unit besar oleh kerana harga pasarannya yang terlalu tinggi.

Maka dengan pelancaran sub-jenama Firefly dan Alps itu bakal mengubah keadaan jenama tersebut selain menjadi pilihan pengguna sebagai kereta EV mampu milik di pasaran.

Sumber : Carscoops

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam erti kata lain, ia lebih banyak menghabiskan masa di pasaraya dan pusat membeli-belah dari…
Berita Domestik
Antaranya ialah tempat duduk hadapan serba baharu dengan lencana Ludicrous Mode, spolier belakang…
Berita Domestik
Perkongsian strategik ini menyediakan pentas bagi kesediaan NAZA Auto untuk menjadi pemain yang…