Nissan Jepun tawar program restorasi Cube gaya retro

oleh Mohamad Hanif|
Nissan Cube hanya sempat bertahan selama tiga generasi sahaja, di mana model generasi ketiga telah pun ditamatkan produksinya pada Disember 2019.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kini, anda boleh mendapatkan Nissan Cube terpakai (atau nama rasminya Certified Pre-Owned, CPO) menerusi syarikat jualan Nara Nissan Motor Co. Ltd.
 

cube


Menerusi program Cube Retro Renovation, para pelanggan yang berminat boleh membeli Nissan Cube yang telah direstorasi semula, dengan penampilan luaran dan dalaman yang lebih retro.

Konsep itu telah diperlihatkan sebelum ini di Tokyo Auto Salon 2023, dan ternyata ia mendapat maklum balas yang cukup memberangsangkan daripada pelanggan Nissan.
 

cube


Namun untuk permulaan, Nissan mengehadkan produksi kepada 20 unit terlebih dahulu, di mana ia akan mula dijual pada 22 Januari ini.

Pelanggan boleh memilih beberapa pakej termasuklah Refresh Package yang mengembalikan semula kereta kepada keadaan asal seperti baru keluar kilang, atau Custom Package dengan rekaan yang lebih unik termasuklah balutan kusyen, kemasan warna dua tona dan sebagainya.

Kos untuk sebuah Nissan Cube bermula dari 700,000 yen (RM22,361), diikuti dengan pilihan Refresh Package berharga 272,595 yen (RM8,708) atau Custom Package berharga 573,698 yen (RM18,326).
 

retrop


Berdasarkan contoh dari Nara Nissan, anda mungkin perlu membayar kos 1,685,293 yen (RM53,835) untuk ubahsuai yang menyeluruh.

Adakah ini satu pendekatan yang boleh digunakan oleh pengeluar di Malaysia?

Berita Berkenaan

Berita Global
Menggunakan asas Nissan Kicks e-Power 4WD, Nissan telah membalut keseluruhan badan Kicks ini dengan…
Berita Global
Selain mengekalkan nadi hibrid ringan 2.0 liter MR20DD S-Hybrid (150 hp/200 Nm), Nissan Serena…
Berita Global
Berbanding sistem generasi pertama, trenkuasa e-Power yang telah ditambahbaik itu kini mampu…