Nissan GT-R R33 Speedwagon - GT-R Shooting Brake dari Jepun!

oleh Mohamad Hanif|
Jika dibandingkan dengan adik beradik Skyline GT-R yang lain seperti R32 dan R34, R33 seakan tidak begitu menyerlah popularitinya di kalangan para peminat, kecuali dua perkara: R33 NISMO 400R dan Nissan GT-R R33 Speedwagon.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

Nissan GT-R R33 Speedwagon bukanlah berasal daripada sebuah model wagon yang di'convert' bahagian luarannya menjadi sebuah GT-R sebagaimana biasa kita lihat pada Nissan GT-R R34 Wagon daripada Nissan Stagea.

 


Akan tetapi, ia merupakan hasil kerja sebenar daripada seorang lelaki bernama Daijiro Inada selaku pengasas Option dan juga salah seorang daripada pengasas D1 Grand Prix.

Bermula dari sebuah Nissan GT-R R33, projek ini diteruskan dengan memasang sebuah kanopi belakang yang diperoleh daripada Nissan EXA bagi mentransformasikan R33 sebagai satu-satunya R33 Shooting Brake di dalam dunia.

 


Jentera Shooting Brake ini bukanlah bertujuan untuk menjadi model pameran di mana-mana Autoshow semata-mata.

Tidak lama selepas projek tersebut siap dan membuat kemunculan di Nagoya Performance Car Show pada tahun 1996, Daijiro Inada membawa jentera tersebut menyerang Litar Tsukuba.

Hasilnya?

 


Catatan masa sepantas 1:04.452 dan ia berjaya mengalahkan catatan masa McLaren F1 serta pelbagai model generasi baharu seperti Porsche 911 GT3, Audi R8 V10 dan Mercedes-AMG A45!

Selain Litar Tsukuba, R33 Shooting Brake ini juga turut diuji prestasinya menerusi pecutan suku batu (402 meter) dalam masa 11.89 saat dengan kelajuan maksimum 304.8 km/j!

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Salah satu barang panas itu ada di Amerika Syarikat, di mana model tahun 1990 yang masih lagi…
Berita Global
Nyata sekali, ia bukanlah projek generasi baharu Nissan GT-R R36, sebaliknya mereka menggunakan…
Berita Global
Namun, tahukah anda ia juga merupakan antara Nissan GT-R yang paling mahal harganya di dalam…