Bring A Trailer: Nissan Skyline GT-R 1990 untuk dibawa pulang, dari RM181k

oleh Mohamad Hanif|
Tidak dapat dinafikan, Nissan Skyline GT-R R32 merupakan barang panas yang menjadi rebutan, ditambah pula dengan harga jualan yang semakin menggila masa kini.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024

Salah satu barang panas itu ada di Amerika Syarikat, di mana model tahun 1990 yang masih lagi cantik ini dilapor sedang mencari tuan baharu.
 

R32


Nissan Skyline GT-R ini pada asalnya diimport masuk ke pasaran Amerika Syarikat, di mana ia masih lagi mengekalkan konfigurasi pemanduan sebelah kanan dan telah dipandu sejauh 103,000 km.

Sistem transmisi asal telah diubah kepada transmisi manual lima kelajuan ShepTrans.
 

R32


Selain itu, R32 ini turut dikemaskan dengan warna Gun Gray Metallic, sebelum dipadankan dengan bampar depan dan skirt sisi ala Nismo N1, skirt fender belakang Greddy, rim Advan GT Racing bersaiz 18 inci serta tayar Nankang Sportnex AR-1.

Ubahsuai suspensi termasuklah rod hadapan SPL Titanium Series, upper control arm GK Tech, gegelung kustom XR1, sementara sistem brek terdiri daripada rotor depan dan belakang EBC, kit saluran brek Leask-Spec, kit brake-line Goodridge SS.

Difahamkan, sistem stereng empat roda Super HICAS dan sistem ABS telah dibuang.
 

R32


Senarai ubahsuai yang dibuat terhadap enjin RB26 ini juga sangat panjang, termasuklah pemasangan piston 86.5 mm, camshaft Tomei Poncams, bearing ACL, unit pengecas turbo serba baharu diikuti dengan intercooler daripada HKS.

Berdasaran ujian dyno yang telah dibuat, R32 ini mampu menghasilkan kuasa setinggi 500 hp dan 542 hp!

Mahukah anda melaburkan wang sebanyak $41,000 untuk sebuah R32 yang telah diubahsuai ini?

Baca: Nissan mahu ubah Skyline GT-R R32 jadi EV!

Sumber: Bring A Trailer

Berita Berkenaan

Berita Global
Biarpun berdepan dengan risiko senarai hitam, ia tidak menghalang seorang pemilik Spectre untuk…
Berita Global
Koleksi Datsun Z ini sebenarnya dimiliki oleh seorang pengumpul yang juga memegang keahlian dalam…
Berita Global
Jika anda merasakan penawaran Porsche itu terlalu moden untuk citarasa peribadi, usah risau kerana…