VIDEO: Nissan Skyline GT-R paling mahal di dunia - Nissan GT-R Nismo 400R 1996

oleh Mohamad Hanif|
Nissan Skyline GT-R R33 mungkin antara generasi GT-R yang kerap disisih disebabkan bentuk badannya yang agak sopan jika dibandingkan dengan GT-R R32 Godzilla atau R34 yang lebih moden itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, tahukah anda ia juga merupakan antara Nissan GT-R yang paling mahal harganya di dalam sejarah, berdasarkan penemuan oleh Top Rank Imports.

Diproduksikan antara 1993 hingga 1998, sebanyak 217,133 unit generasi kesembilan R33 berjaya dijual.

Namun pada tahun 1996, Nissan telah berganding tenaga dengan Nismo untuk mencipta sebuah GT-R Nismo 400R.
 

400R


Enjin asal RB26DETT itu telah dinaiktaraf supaya mampu menghasilkan 400 PS dan 478 Nm, tidak ketinggalan sistem brek dan juga suspensi bagi menjadikan ia sebuah GT-R paling berkuasa pada ketika itu.

Apa yang menjadikan R33 Nismo 400R ini satu objek beroda empat yang sangat berharga adalah bilangan unit yang amat terhad.

Menurut Nissan GTR-Registry, hanya 40 unit sahaja 400R yang telah dihasilkan dan sukar untuk melihat unit tersebut untuk dijual, kebanyakannya disimpan sebagai bahan koleksi yang amat berharga.

Dalam video temubual bersama pengarah jualan Top Rank Imports, Brian Jannusch menjelaskan harga bidaan terkini untuk sebuah Nismo 400R sudah pun melebihi julat 100 juta yen (RM3.3 juta) di Jepun.

 


Malah, Brian pernah berjumpa dengan seorang pemilik 400R di Jepun di mana pemandu itu sendiri tidak percaya nilai sebenar jentera itu meningkat empat kali ganda berbanding nilai yang beliau percaya sebelum ini (sekitar $300,000 atau RM1.31 juta).

Unit yang dipaparkan dalam video tersebut merupakan salah satu daripada empat R33 Nismo 400R berwarna perak, dan mempunyai jarak perbatuan kira-kira 30,000 km sahaja.

Difahamkan, ini merupakan satu-satunya unit R33 Nismo 400R yang diimport masuk ke Amerika Utara setelah Top Rank Imports memperolehnya daripada seorang pengumpul di Kanada.

Pada hari ini, 400 kuasa kuda bukanlah satu perkara yang gila untuk sebuah kereta moden, namun ia merupakan satu angka output yang agak tinggi pada tahun 1996, menjadikannya kereta yang paling berkuasa pada ketika itu.

Untuk makluman, harga jualan untuk sebuah Nissan Skyline R33 Nismo 400R pada tahun 1996 adalah sekitar $100,000.

Berita Berkenaan

Berita Global
Salah satu barang panas itu ada di Amerika Syarikat, di mana model tahun 1990 yang masih lagi…
Berita Global
Nyata sekali, ia bukanlah projek generasi baharu Nissan GT-R R36, sebaliknya mereka menggunakan…
Berita Global
Salah satu daripada unit tersebut merupakan model yang dipaparkan di dalam artikel kali ini, dan…