Nissan LEAF dipanggil semula di Amerika, Eropah, Jepun, masalah pecutan tidak disengajakan

oleh Mohamad Hanif|
Nissan bakal mengumumkan kempen panggil semula model hatchback berkuasa elektrik LEAF disebabkan oleh masalah pecutan yang tidak disengajakan setelah pemandu mematikan fungsi kawalan jelajah.
PERODUA MREC Banner Campaign May 2025

Menurut laporan Bloomberg lagi, terdapat juga masalah litar pintas yang mampu mengakibatkan motor elektrik untuk berhenti beroperasi semasa memandu.

Difahamkan, ia merupakan sebahagian daripada kempen panggil semula melibatkan 1.38 juta unit model-model Note, Kicks, Serena dan Note Aura yang terjual di pasaran Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun.

Sebelum ini, Nissan LEAF tertakluk di bawah dua kempen panggil semula oleh NHTSA disebabkan oleh kakisan terhadap saluran brek, serta informasi yang tidak tepat pada buku manual pemilik berhubung fungsi 'defroster'.

Sumber: Bloomberg

Berita Berkenaan

Berita Global
Jarak Mencecah 488 KM, Lebih Laju Cas Satu perkara yang pasti menarik minat pembeli EV, LEAF…
Berita Global
  Dengan legasi yang kukuh, Nissan bakal melancarkan LEAF serba baharu pada akhir Jun. Sementara…
Berita Global
  JVC KENWOOD juga menawarkan produk sama dan dijual secara dalam talian. Bateri mudah alih ini…