Nissan LEAF masih lagi EV nombor satu dunia!

oleh Mohamad Hanif|

Secara kasarnya, Nissan bukanlah pengeluar utama di dalam segmen kenderaan elektrik, tidak seperti Tesla. 

Namun, produk EV mereka, Nissan Leaf kini masih kekal menarik perhatian para pengguna kenderaan elektrik, sehinggakan ia masih mengungguli carta jualan EV paling laris di dunia!

 


Menurut data kumulatif yang dikeluarkan oleh Centre for Solar Energy and Hydrogen Research Baden-Wurttemberg, sebanyak 363,940 unit Nissan Leaf telah terjual di seluruh dunia, diikuti oleh Tesla Model S (243,200 unit).

Tempat ketiga pula jatuh kepada BAIC EC-Series dengan jumlah keseluruhan 172,850 unit, manakala Mitsubishi Outlander PHEV pula tidak jauh ketinggalan (172,640 unit) di belakang. 

 


Jika dilihat pendaftaran kenderaan baharu tahun lalu, prestasi jualan Nissan Leaf dilihat kecundang kepada BAIC EC-Series yang hanya bergantung pada pasaran China sahaja, dan Tesla Model 3 bermula agak kuat pada tahun lalu dengan 146,310 unit. 

Tesla Model S, walaupun sudah tujuh tahun berada di pasaran, trend pemilikan model tersebut kekal stabil semenjak tahun 2015 sehinggalah pada tahun lalu. 

Sumber: Centre for Solar Energy and Hydrogen Research Baden-Wurttemberg melalui InsideEVs

Berita Berkenaan

Berita Global
Rangkaian Kuasa dan Jarak Sehingga 622 km     Nissan LEAF 2025 ditawarkan dalam dua varian utama…
Berita Global
Jarak Mencecah 488 KM, Lebih Laju Cas Satu perkara yang pasti menarik minat pembeli EV, LEAF…
Berita Global
  Dengan legasi yang kukuh, Nissan bakal melancarkan LEAF serba baharu pada akhir Jun. Sementara…