Nissan perkenal Dayz, kei-car hasil kerjasama dengan Mitsubishi

oleh Muhammad Md Tajudin|
Sedia maklum Mitsubishi Motors Corporation kini merupakan subsidiari Nissan Motor Corporation. Kedua-dua syarikat ini kemudian berada dalam kumpulan lebih besar yang dikenali sebagai Pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi.

Pakatan pada tahun 2018 berada di liga tiga teratas pengeluar kereta terbesar dunia bersama-sama dengan Kumpulan Volkswagen dan Toyota Motor Corporation.

Setelah mengikat perjanjian, Nissan dan Mitsubishi telah pun mengeluarkan model kerjasama pertama iaitu MPV kompak Livina yang diubahsuai daripada Mitsubishi Xpander.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Nissan Dayz

Selepas Xpander-Livina, Nissan dan Mitsubishi pada pertengahan Mac lalu memperkenalkan model kedua kerjasama iaitu Dayz dan eK Wagon.

Pengenalan tersebut kini rasmi apabila Nissan mengumumkan penjualan Dayz kepada pengguna di Jepun bermula 28 Mac 2019.

Dayz berada dalam segmen kereta mini (kei-car) yang popular di Jepun dan ia juga merupakan model pertama dilengkapi teknologi separa autonomi ProPILOT dalam segmen tersebut.

Nissan Dayz

Sebelum generasi baharu ini diperkenalkan, Dayz sudah sedia popular dengan jualan sebanyak 430,000 unit sejak diperkenalkan pada tahun 2013. 

Pengenalan Dayz dan eK Wagon pada pertengahan Mac lalu sebenarnya adalah majlis keraian kedua kerana Nissan dan Mitsubishi telah pun berkerjasama dalam mengeluarkan Dayz generasi pertama pada tahun 2013.

Berikut ialah ciri-ciri Nissan Dayz baharu:

  • Menggunakan teknologi ProPILOT seperti LEAF, Serena dan X-Trail
  • Mempunyai teknologi bantuan pemanduan seperti pecutan, stereng dan brek semasa memandu di lorong sehala di lebuh raya
  • Ciri-ciri canggih lain ialah Intelligent Emergency Brakes, Lane Departure Warning, Intelligent Lane Intervention, Emergency Assist for Pedal Misapplication, Intelligent Around View Monitor, High Beam Assist, dan Helpnet2 yang boleh melaporkan kemalangan secara automatik
  • Turut ditawarkan dalam nadi kuasa S-Hybrid dengan bateri lithium-ion baharu
  • Kereta mini pertama menggunakan kerusi Sifar Graviti Nissan
  • Varian lebih sporti dikenali sebagai Dayz Highway STAR
Nissan Dayz

 

  • 17 pilihan warna termasa dwi-warna dan pelanggan boleh memilih kordinasi warna luar dengan warna interior
  • Autech Japan Inc mempunyai varian tersendiri dikenali sebagai Dayz Bolero
  • Perbezaan utama ialah pada warna gril krom gelap, pembuka pintu dan cermin sisi berwarna putih mutiara serta rim eksklusif 14 inci
  • Tujuh pilihan warna putih dengan tiga pilihan dwi-warna untuk bumbung putih
  • Harga Nissan Dayz bermula daripada 1.27 juta yen (RM 46,768)

*1 JPY = RM 0.0368

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
  Seperti biasa, keicar sebegini menggunakan enjin 660 cc aspirasi natural dan turbo dengan yang…
Berita Global
Untuk pengetahuan, Nissan Dayz merupakan salah sebuah daripada barisan kei car yang dijual oleh…
Berita Global
Jika hari sudah, kita sudah pun melihat Nissan Dayz, kali ini kita melihat pula kembarnya dari…