Nissan Z bakal bertempur dalam perlumbaan endurans Fuji 24 Hour

oleh Mohamad Hanif|
Nissan telah bekerjasama dengan Nismo untuk membangunkan sebuah jentera lumba Nissan Z yang akan menyertai acara perlumbaan endurans Fuji 24 Hour.

Langkah ini dilihat mampu membantu Nissan untuk meneroka potensi sebenar jentera Nissan Z menerusi pelbagai format perlumbaan yang berbeza.

Biarpun menggunakan asas daripada model produksi sebenar, jentera lumba Nissan Z ini telah diberikan modifikasi yang bersesuaian untuk kegunaan litar, seperti rim aloi lapan jejari Rays, hud berliang, cangkuk tunda di depan, penutup tangki stail perlumbaan, serta sayap belakang yang besar.
 

Nissan Z


Perlindungan terhadap pelumba tetap menjadi keutamaan, dimana Nissan Z ini turut dipasangkan sangkar oleng penuh serta tempat duduk jenis bucket Sabelt untuk pemandu.

Setakat ini, tiada sebarang butiran lanjut berhubung trenkuasa yang bakal digunakan dalam perlumbaan tersebut, namun dalam versi produksi, Nissan Z dikuasakan oleh enjin 3.0 liter V6 yang mampu menjana kuasa 400 hp dan 475 Nm.

Penampilan jentera Nissan Z yang sedikit agresif ini dilihat memberikan sedikit petunjuk kehadiran model Z yang lebih berkuasa (terutama varian Nismo) yang mampu menawarkan kuasa kuda yang lebih, kit badan yang lebih agresif, serta tetapan casis berorientasikan litar lumba.

Berita Berkenaan

Berita Global
Difahamkan, jentera terbaharu ini bakal digunakan oleh pelakon Fast & Furious, Sung Kang dalam…
Berita Global
Bersempena dengan Tokyo Auto Salon 2023 yang bakal tiba, TRA Kyoto yang dimiliki oleh lagenda Kei…
Berita Global
Menurut laporan Autocar, pengeluar Jepun itu merancang untuk membangunkan sebuah kereta sports…