Nissan Z penuh dengan grafiti cat dijumpai, adakah ini satu seni berat?

oleh Mohamad Hanif|
sumber: Carscoops
Kebiasaannya, kalau kita terjumpa kereta penuh dengan contengan cat, ia membawa petanda pemiliknya langsung tidak berpuas hati dengan kereta tersebut. Ataupun mangsa vandalisme.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mungkin juga ramai di antara kita yang ingat akan kisah Honda Accord yang pernah timbul beberapa tahun yang lalu.

Di Amerika Syarikat, sebuah Nissan Z berwarna kuning dijumpai penuh dengan contengan cat di hadapan sebuah gudang, dan kisah di sebaliknya bukanlah seperti apa yang anda bayangkan.

Menurut laporan Carscoops, segala contengan tersebut dibuat sendiri oleh para pekerja Nissan.

 


Ia bukanlah pertunjukan perasaan tidak puas hati, sebaliknya kereta Z tersebut merupakan salah satu daripada unit ujian yang bakal dilupuskan kelak.

Sebab di sebalik segala contengan cat tersebut masih lagi kekal misteri.

Namun dalam satu jawapan yang diberikan oleh Nissan, mereka menjelaskan ia merupakan satu amalan biasa di dalam industri di mana unit pra-produksi akan dilupuskan selepas pembangunan kenderaan tersebut berakhir.

Tambah kenyataan itu lagi, Nissan kerap bekerjasama dengan beberapa pihak ketiga untuk melupuskan kenderaan mengikut regulasi yang telah ditetapkan oleh syarikat dan juga kerajaan.

Sumber: Carscoops

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun yang paling mencuri tumpuan pada ketika ini ialah hasil kerja yang diperlihatkan oleh Liberty…
Berita Global
Nissan Safari Rally Z Tribute ini dibina oleh Tommy Pike Customs, dengan menampilkan penambahan…
Berita Global
Nissan GT-R 2024   Berdasarkan spesifikasi Amerika Syarikat (Filipina menggunakan pemanduan…