NW Motors turunkan harga untuk dua hari 

oleh HEZERI SAMSURI|
NW Motors, pengimport dan penjual kenderaan import baik-pulih (reconditioned) di bawah Kumpulan Naza bakal menurunkan harga untuk stok-stok mereka yang ada di Petaling Jaya.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Dari lawatan Careta semalam, pusat pameran tersebut mempunyai lebih dari 300 stok kenderaan "recond" yang terdiri dari Toyota Alphard, Toyota Vellfire, Toyota Estima, Mercedes-Benz, Lexus, Mini dan pelbagai lagi jenama mewah.

Antara tawaran yang nampak bakal panas ialah Mercedes-Benz E-Class W212 yang dijual di bawah paras harga RM180,000.

 

 

NW Motors juga bekerjasama dengan institut kewangan Maybank untuk memberikan kadar faedah serendah 2.28 peratus kepada pembeli yang layak.

Kempen "Kaw-Kaw Offers" yang berlangsung pada 6 - 7 April dari jam 10 am ke 5 pm itu menawarkan harga-harga terbaik, unit-unit yang berkualiti serta pelbagai varian.

MPV mewah Aplhard dan Vellfire contohnya datang dalam pelbagai varian, termasuk dengan sistem pandu-kendiri tahap 2.5 yang tidak dijual di Malaysia.

Lokasi kempen ini ialah di Naza Automall, Petaling Jaya. Untuk info lebih lanjut, layari laman web NW Motor.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sepanjang tempoh lapan bulan pertama tahun ini, UMW berjaya melonjakkan angka jualan sebanyak 16…
Berita Global
Menurut laporan Automotive News, sepanjang tempoh Januari hingga Mei tahun ini, pengeluar automotif…
Berita Domestik
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 7,875 unit terdiri daripada kenderaan berjenama Toyota, manakala…