Omega 1 - enjin rotari yang mampu capai hampir sifar emisi

oleh Mohamad Hanif|
Dengan gerakan ke arah penggunaan kenderaan elektrik yang semakin meluas, mungkin ramai yang menyangka nasib enjin pembakaran dalaman sudah hampir ke penghujung.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sesetengah pihak atau syarikat automotif itu sendiri mula menghentikan pembangunan enjin generasi baharu demi memberikan laluan bajet kepada trenkuasa elektrik.

Namun, di pihak Astron Aerospace, enjin pembakaran dalaman (ICE) masih lagi mempunyai nyawa yang panjang.

 

Menerusi konsep terbaharu Omega 1, Astron mendakwa ia adalah sebuah enjin pembakaran dalaman yang mampu menawarkan kadar emisi hampir sifar!

Sekilas pandang, Omega 1 memiliki binaan seakan enjin rotari Wankel. Ya, enjin brap brap brap yang digemari ramai itu.

Akan tetapi, perbezaan ketara yang wujud adalah enjin Omega 1 memiliki rekaan yang jauh lebih sempurna sekaligus memadamkan kelemahan yang wujud pada enjin Wankel.

Dari segi binaan, ia memiliki dua unit aci yang berputar dalam arah yang bertentangan menerusi gear penyegerakan (synchronizing gear), dengan empat unit rotor yang bertanggungjawab terhadap empat kitaran enjin.
 

Omega 1


Pasangan rotor pertama diberikan tugas terhadap lejang kemasukan dan lejang mampatan, sementara pasangan rotor kedua pula melakukan operasi lejang pembakaran dan lejang ekzos.

Kedua-dua set rotor ini dibahagikan oleh satu ruang pre-chamber di mana di sini merupakan tempat bahan api disuntik.

Lebih penting, enjin rotari Omega 1 ini langsung tidak memerlukan sebarang meterai (contohnya apex seal dalam enjin Wankel), sekaligus menjanjikan jangka hayat enjin yang jauh lebih lama dengan sedikit penyelenggaraan yang perlu dibuat.

 

Omega 1


Setiap satu unit Omega 1 seberat 15.9 kg ini mampu menghasilkan kuasa setinggi 160 hp dan 230 Nm, dan mampu mencapai putaran enjin setinggi 25,000 rpm!

Malah, seperti enjin ini juga boleh dikonfigurasikan dalam unit berkembar, sama seperti prinsip yang digunakan pada enjin rotari (rotor tunggal, rotor berkembar, tiga rotor, empat rotor dan seterusnya..)

Menurut Astreon, selain digunakan pada industri automotif, enjin Omega 1 ini juga boleh digunakan pada kapal terbang, motosikal, serta jentera berat, selain mampu untuk menerima apa jua suapan bahan api (tidak termasuk rasuah).

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Tepat 1 haribulan Februari 2024, Mazda mengumumkan penubuhan pasukan pembangunan enjin rotari (RE…
Berita Global
Sejak daripada itu, khabar angin tentang kemunculan model pengganti RX-7/RX-8 sudah lama bertebaran…
Berita Global
Ya, enjin konfigurasi lima rotor yang pertama di dunia itu kini sudah pun direalisasikan oleh…