Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, berkata semua individu yang ditahan berusia 41 hingga 49 tahun.
"Mereka ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol dan melebihi kadar yang telah ditetapkan.
"Hasil tinjauan yang dilakukan sepanjang operasi ini mendapati masih ramai memandu dan menunggang di bawah pengaruh alkohol," katanya.
Nik Ezanee berkata, fokus utama operasi berkenaan adalah untuk mengesan dan membanteras pengguna jalan raya yang memandu atau menunggang di bawah pengaruh alkohol berada di atas jalan raya.
"Semua individu yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 45(a)1 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Operasi seperti ini akan dijalankan secara berterusan bagi memastikan pengguna jalan raya mengikut peraturan yang ditetapkan," katanya.
sumber: BH