Operasi ulat parkir - 122 ditahan kutip bayaran di KL

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur akan bekerjasama dengan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) bagi melaksanakan operasi ulat parkir.

Ketua JSPT Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, pihaknya juga akan memastikan individu yang ditahan akan dituduh di mahkamah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga akan bekerjasama dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi pelaksanaan operasi.

"Selain ulat parkir, tindakan saman juga akan diambil ke atas kenderaan yang diletakkan di tepi jalan yang dijadikan kawasan parkir haram," katanya kepada Harian Metro.

Semalam, Harian Metro melaporkan keluhan warga kota mengenai ulat parkir yang mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan apabila mengenakan caj terhadap tempat letak kenderaan awam.

Ulat parkir yang mengenakan caj mencecah RM20 bagi sebuah kenderaan menyasarkan lokasi tumpuan ramai seperti kawasan beli-belah, tempat menjamu selera dan sekitar pusat hiburan.

Sementara itu, Sarifudin berkata, ulat parkir di ibu kota dikesan menggunakan modus operandi dengan meletakkan kon di tepi jalan yang bukan kawasan parkir.

"Ulat parkir ini akan memanggil kenderaan dalam bentuk lambaian dengan menggunakan tangan atau lampu suluh.

"Kenderaan akan diminta untuk memakir kereta di kawasan yang diletakkan kon sebelum ulat parkir terbabit menuntut bayaran," katanya.

Menurutnya, kegiatan ulat parkir ini dipercayai dilakukan secara berkumpulan atau bersindiket.

"Polis mengesan ada kawasan parkir haram berkenaan dikawal oleh kumpulan individu tertentu bagi mendapatkan keuntungan mudah.

"Sejak Januari sehingga Julai lalu polis sudah menahan 122 ulat parkir di sekitar Kuala Lumpur yang aktif mengutip bayaran daripada pengguna jalan raya," katanya.

Katanya, ada antara ulat parkir sudah beberapa kali ditangkap di lokasi yang berbeza atas kesalahan yang sama iaitu menjalankan kegiatan parkir haram, yang mana mengutip wang parkir ke atas pemandu yang meletakkan kenderaan mereka di kawasan berkenaan.

Katanya, tindakan diambil mengikut Seksyen 50 (3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana gangguan dan desakan yang menyalahi udang-undang.

"Orang awam digalakkan bekerjasama dengan pihak polis untuk memberi sebarang maklumat berkaitan aktiviti parkir haram dengan menghubungi mana-mana balai polis terdekat," katanya.

 

- semoga JSPT teruskan operasi ini -

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, operasi dijalankan sekitar Jalan Tun Sambathan, Jalan Sri Hartamas, Jalan Beremi, Jalan…
Informasi
."Berkenaan aduan yang tular menerusi media sosial dan media elektronik berkenaan ulat parkir…
Berita Domestik
  Ketua JSPT negeri, M Kumarasan berkata, lelaki berusia 24 dan 39 tahun itu ditahan ketika sedang…