Ops Selamat 15: 11 hari, 189 kematian direkodkan

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hari ke-11 Op Selamat 15 bersempena musim perayaan Aidilfitri merekodkan penambahan 13 kematian akibat kemalangan jalan raya, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian kepada 189 kes sehingga semalam.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Asmawati Ahmad berkata jumlah kemalangan turut meningkat kepada 18,053 kes, berbanding hari sebelumnya sebanyak 16,470 kes.

"Setakat semalam, Selangor merekodkan jumlah kematian terbanyak melibatkan lima kematian diikuti Johor dengan tiga kematian, sementara Pulau Pinang, Melaka, Pahang, Kelantan serta Sarawak masing-masing mencatat satu kematian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Asmawati berkata Selangor masih menyumbang kepada jumlah kemalangan tertinggi dengan 4,715 kes, diikuti Johor (2,781), Kuala Lumpur (2,140) dan Perak 1,517 kes.

"Pihak polis mengadakan sebanyak 3,226 operasi sementara 241,144 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan," katanya.

Beliau berkata jumlah kes pecah rumah dan premis juga meningkat kepada 501 kes, dengan penambahan 60 kes setakat semalam.

"Pihak polis merekodkan pertambahan kes pecah rumah dan premis antaranya di Selangor dengan 121 kes sementara Sabah (51), Perak (45) dan Sarawak (44)," katanya.

Op Selamat 15 yang berlangsung dari 29 Mei hingga 12 Jun ini, memberi tumpuan terhadap enam kesalahan utama melibatkan memandu di lorong kecemasan, memotong di garisan berkembar, menggunakan telefon bimbit, memotong barisan, memandu laju dan tidak mematuhi lampu isyarat.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "Kita mahu semua pengguna dapat pulang ke kampung dengan selamat untuk meraikan hari raya…
Berita Domestik
Sebanyak 159 kematian akibat kemalangan jalan raya direkodkan dalam tempoh sembilan hari Op Selamat…
Berita Domestik
Kemalangan maut pula dipercayai berlaku kerana sikap pemanduan yang tidak berhemah. Namun begitu,…