Pegawai KDN dihadap ke mahkamah, terima suapan lebih RM100k dan skuter Yamaha XMAX

oleh Penyumbang Rencana 2|
Seorang pegawai Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menerima suapan lebih RM100,000 termasuk sebuah skuter Yamaha XMAX bernilai RM22,200.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan Harian Metro, tertuduh Muhammad Syamsi Irwan Hawalit, 47 tahun didakwa menerima suapan berjumlah RM80,000 dan sebuah skuter Yamaha XMAX daripada seorang kontraktor sebagai balasan mendapatkan kontrak perolehan perkhidmatan pembersihan di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM). 

Suapan itu adalah sebagai balasan mendapatkan kontrak perolehan perkhidmatan memotong rumput, mencuci pejabat, bilik kuliah dan parit bernilai berjumlah RM 1,589,626.80 yang dianugerahkan kepada syarikat milik kontraktor itu di Serdang dan Kajang, Selangor antara Jun 2017 dan 18 Mac 2019.

Ketika kejadian, tertuduh merupakan Penolong Setiausaha di Bahagian Perolehan KDN Gred M44. 

Tertuduh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam. 

Berita penuh di Harian Metro

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Avenis dinadikan oleh enjin SOHC SEP 125cc empat lejang dengan sistem penyejukan udara yang…
Berita Global
Mereka yang mempunyai lesen memandu di Jepun juga memang sudah secara automatik dibenarkan untuk…
Berita Domestik
Acara Honda Skuterama Edisi 2 menjanjikan pelbagai aktiviti menarik termasuklah jualan barangan,…