Pekerja maut terkena besi gandar terpelanting ketika tukar tayar kren

oleh SALINA JALIL|
Seorang pekerja pusat servis tayar maut selepas sekeping besi gandar terpelanting lalu terkena mukanya ketika menukar tayar jentera berat di Kawasan Perusahaan Menglembu di Ipoh hari ini.


Dalam kejadian jam 10.35 pagi itu, K Kumaresa, 60, ditemui terbaring berlumuran darah pada bahagian muka, dipercayai akibat terkena besi berkenaan.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

 

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan, berkata besi itu dipercayai terpelanting selepas tayar kren yang diganti mangsa, meletup secara tiba-tiba.

 

"Kejadian disaksikan pemandu kren yang juga pelanggan pusat servis tayar terbabit.

 

"Letupan itu menyebabkan besi tayar berkenaan terpelanting ke arah mangsa, menyebabkan mukanya pecah.

 

"Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh penolong pegawai perubatan yang hadir ke situ," katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Beliau berkata, mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat manakala kes setakat ini diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR) akibat kemalangan ketika bekerja.

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner (ACP) Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, mangsa…
Informasi
  “Pakcik saya yang dalam kereta wira sudah meninggal. Semoga Allah merahmati dan menempatkan…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintenden Zukri Muhammad berkata, kejadian berlaku semasa lori…