Pelajar 16 tahun hasil liveri khas pada GR Yaris tanda penghargaan buat petugas baris hadapan

oleh Mohamad Hanif|
Sebagai tanda penghargaan dan tribut kepada petugas baris hadapan yang bertungkus lumus memerah tenaga bagi memastikan kesejahteraan rakyat jelata daripada COVID-19, Toyota telah mendedahkan secara rasmi liveri baharu yang bakal dilayangkan pada hot hatch cilik, GR Yaris.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Liveri ini dihasilkan sendiri oleh seorang pelajar sekolah tinggi berusia 16 tahun, Alice Goodlife ketika menyertai pertandingan 'Design a Rally Car Livery' yang dianjurkan oleh Toyota.

 

 


Menariknya, visual di hadapan memaparkan GR Yaris seakan memakai pelitup muka dengan 'tali' yang disangkutkan pada cermin sisi.

Di bahagian bumbung kereta itu menampilkan warna pelangi, serta terdapat lakaran profil petugas baris hadapan di bahagian sisi yang menggambarkan profesi seperti jururawat, guru, pekerja pembinaan, penjaga kedai serta pegawai polis sebelum diakhiri dengan hiasan bunga rasmi Wales, Daffodil.

 

 


Ketika ditanya, pelajar sekolah Ysgol Uwchradd yang terletak di Wales menerangkan beliau berasa kecewa apabila acara Wales Rally GB dibatalkan akibat COVID-19, jadi beliau mengabadikan bunga rasmi Wales pada liveri GR Yaris tersebut.

GR Yaris dengan hiasan istimewa ini akan dipamerkan pada acara pusingan akhir WRC di Monza, Itali.

 

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Penawaran Ducati DesertX tersebut telah dikemaskini untuk model tahun 2023 dengan membawakan liveri…
Berita Global
Menariknya, ia menampilkan liveri Martini yang diinspirasikan daripada jentera rali Lancia Delta,…
Berita Domestik
Penawaran terbaharu ini membawakan liveri Repsol berwarna jingga, merah dan putih, diikuti dengan…