Pelaksanaan Euro 7 tidak ketat seperti yang dijangka

oleh Mohamad Hanif|
Pelaksanaan piawaian emisi terbaharu Euro 7 tidak akan menjadi lebih drastik seperti yang dijangkakan, seperti yang dilaporkan oleh laman Auto Express.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Berdasarkan dokumen Kesatuan Eropah yang terbocor baru-baru ini, ia memberikan petunjuk tidak akan ada sebarang perubahan keperluan pelepasan emisi untuk kereta dan van berkuasa petrol apabila undang-undang Euro 7 dilaksanakan pada tahun 2025.

Dokumen tersebut mencadangkan pihak EU mahu meminimumkan kos penyelidikan dan pembangunan enjin pembakaran dalaman yang terpaksa ditanggung oleh pengeluar.

Apa yang dicadangkan adalah penambahbaikan yang disasarkan untuk enjin diesel bagi menjadikannya sama bersih dengan enjin petrol bertaraf Euro 6.

Langkah terbaharu ini dilihat mendapat bantahan daripada industri automotif, di mana sesetengah eksekutif melahirkan kebimbangan ia mampu menarik keluar dana yang sepatutnya disalurkan untuk tujuan elektrifikasi kenderaan.
 

enjin


Dalam satu laporan berasingan, laman Autocar sebelum ini memetik kata-kata bos Stellantis Carlos Tavares yang berpendapat Euro 7 sepatutnya digugurkan secara kekal, dan beliau percaya adalah terlalu lewat bagi pengeluar untuk terus menambah baik teknologi petrol dan diesel sedia ada.

"Dari sudut industri, kita tidak perlukan Euro 7, kerana ia akan menarik keluar sumber yang diperlukan untuk kita labur di dalam elektrifikasi.

"Membelanjakan wang yang lebih untuk enjin pembakaran dalaman, ia tidak masuk akal. Kenapa kita perlu menggunakan sumber yang terhad untuk sesuatu yang hanya akan kekal dalam jangka masa yang pendek. Industri tidak memerlukannya, dan ia tidak produktif.

Undang-undang baharu ini dijangka akan dibentangkan secara rasmi pada 9 November ini.

Piawaian Euro 7 ini telah ditunda beberapa kali dan ia sepatutnya akan diterbitkan secara rasmi pada 28 Oktober ini.

Sumber: Auto Express, Autocar

Berita Berkenaan

Berita Global
Bercakap kepada CarSales, pengarah pembangunan kenderaan Mercedes-AMG Steffen Jastrow menjelaskan…
Berita Global
Namun masa depan model hatchback tersebut tidak menentu berdasarkan laporan terbaharu oleh akhbar…
Berita Global
Akan tetapi, enjin enam silinder sebaris ini dikatakan bakal menjadi penamat bagi segalanya,…