Peluru berpandu BUK Russia punca nahas MH17 - Hakim

oleh Mohamad Hanif|
Hakim-hakim Belanda semalam menyatakan bahawa siasatan terhadap kemalangan pesawat MH17 di Ukraine yang dilanda perang pada tahun 2014 menunjukkan bahawa peluru berpandu BUK buatan Russia sebagai punca kemalangan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hakim dalam perbicaraan terhadap tiga warga Russia dan seorang Ukraine atas bencana yang mengorbankan 298 orang di dalam pesawat Malaysia Airlines mula secara rasmi mengemukakan bukti minggu ini.

Fragmen yang dianalisis di tempat kejadian 'sesuai dengan peluru berpandu BUK' dan siasatan menunjukkan bahawa 'tidak ada kesimpulan lain yang mungkin', kata ketua hakim, Hendrik Steenhuis.

Hakim juga menunjukkan sebuah video yang menunjukkan kepulan asap putih naik ke langit dari sebuah padang berhampiran Pervomaiskyi di timur Ukraine pada ketika pesawat Boeing 777 itu jatuh.

Seorang saksi menyatakan mereka telah melihat peluru berpandu 'terbang selama 20 saat sebelum meletup di sebelah kokpit kapal terbang', kata hakim.

Pesawat itu dalam perjalanan dari lapangan terbang Schiphol Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ia terhempas di bahagian timur Ukraine yang dikuasai oleh pemberontak pro-Russia.

Siasatan antarabangsa sebelum ini menyimpulkan bahawa peluru berpandu BUK yang awalnya berasal dari Briged Peluru berpandu Anti-Pesawat ke-53 tentera Russia yang berpusat di bandar Kursk sebagai punca kemalangan.

Peguambela dan pegawai Russia berusaha untuk mempertikaikan bahawa ada kemungkinan lain termasuk bahawa pesawat itu ditembak jatuh oleh jet pejuang yang dikendalikan oleh Ukraine.

Keempat-empat suspek dituduh sebagai watak utama dalam kalangan pemberontak pemisah yang memerangi Kiev.

Hakim kelmarin menyatakan, mahkamah minggu ini akan melihat bukti yang menjurus tiga persoalan utama: adakah pesawat itu ditembak jatuh oleh BUK; lokasi peluru berpandu itu ditembak; dan peranan keempat-empat suspek dalam nahas itu. - AFP

Sumber: Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam tempoh enam bulan sejak Julai lepas, 85 nahas lalu lintas melibatkan skuter elektrik…
Berita Domestik
Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Zulfadli Zakaria berkata,…
Berita Global
Difahamkan, kemalangan ngeri itu berlaku di Bellevue, Washington pada 30 September sekitar jam 4.00…