Pemandu BMW ditahan, tiada cukai jalan sejak 2019 dan lesen memandu!

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Harian Metro
"Anak suka naik kereta ini, sebab itu saya pandu juga malam ini (semalam) walaupun tahu tiada cukai jalan."

Alasan itu diberikan pemandu kereta BMW selepas ditahan Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ) dalam Op Khas Motosikal sempena Hari Raya Aidiladha di Jalan Pahang, di Kuala Lumpur malam Ahad.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Siasatan mendapati cukai jalan kereta dipandu lelaki 32 tahun itu tamat tempoh sejak 2019 dan dia turut mendakwa dibebaskan dari penjara baru-baru ini dan masih tiada pekerjaan tetap, yang menyebabkan tidak mampu memperbaharui cukai jalan.

"Kereta ini saya beli pada 2017 dengan bayaran tunai RM40,000, yang mana ketika itu saya bekerja menjual besi buruk.

"Bagaimanapun selepas itu saya ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) dan sebab itu ia (cukai jalan) tidak dapat diperbaharui sehingga kini," katanya.

Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut JPJ juga mendapati lelaki itu turut tidak memiliki lesen memandu.

Sementara itu, Timbalan Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Erick Jusiang berkata, operasi berlangsung empat hari bermula Selasa lalu mengeluarkan 1,286 saman dengan, tiada lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh menjadi kesalahan paling banyak dikesan

"Kesalahan tidak mempunyai lesen memandu membabitkan sebanyak 535 saman dan cukai jalan tamat tempoh pula sebanyak 237 saman.

"Lain-lain kesalahan pula antaranya tiada insurans (204), nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi (115) dan tiada cermin sisi (58)," katanya.

Beliau menasihati orang ramai supaya memastikan cukai jalan kenderaan sentiasa diperbaharui untuk mengelak daripada dikenakan tindakan termasuk sita, walaupun kerajaan kini tidak mewajibkan ia dipamerkan.

"Dalam operasi yang turut disertai Jabatan Imigresen itu, seramai 70 warga asing berusia lingkungan 23 hingga 45 tahun ditahan atas pelbagai kesalahan.

"Warga asing yang ditahan membabitkan 59 lelaki serta 11 wanita dan mereka akan dibawa ke Pejabat Imigresen Kuala Lumpur di Jalan Duta bagi proses dokumentasi," katanya.

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"(Ia) termasuk memaparkan gambar lesen memandu JPJ bagi menarik dan memikat orang ramai mendapatkan…
Berita Domestik
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang, Datuk Adenan Md. Isa berkata, sehubungan…
Berita Domestik
Timbalan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata…