Pemenang bertuah peraduan myTukar bawa pulang Proton X70 2WD 2019

oleh Mohamad Hanif|
Platform perniagaan kenderaan terpakai myTukar baru-baru ini mengumumkan pemenang hadiah utama peraduan yang telah berlangsung sejak 1 Disember 2021 hingga 9 Januari 2022.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Diumumkan menerusi cabutan di Facebook Live, Mohamad Ariff bin Mohamad Borhanudin (27) diumumkan sebagai pemenang hadiah utama berupa sebuah Proton X70 Executive 2WD 2019 bernilai lebih RM100,000, nilai hadiah tertinggi myTukar setakat ini.

"Saya amat teruja apabila diberitahu sebagai pemenang hadiah utama. Dengan bajet dan perancangan kewangan, saya sekadar mahu membeli sebuah Proton Satria Neo dan tidak pernah pun terfikir untuk menang sebuah kereta sehebat Proton X70.

Kereta baharu Ariff, sama seperti kereta-kereta yang dijual di bawah myTukar telah menjalani proses pemeriksaan dan servis menyeluruh untuk memastikan tahap keselamatan dan kualiti, selain melepasi proses pemeriksaan menyeluruh 360° Car Check untuk mengesan kemungkinan kecacatan kecil dan besar.
 

x70


Menurut Derrick Ong selaku CEO myTukar, "pelanggan yang membeli kenderaan mereka dari myTukar akan mendapati keseluruhan proses yang lancar, bermula dari kelulusan JPJ, mendapatkan insurans kenderaan, proses pembiayaan sehinggalah kepada penukaran hak milik kenderaan.

Derrick menambah, pihaknya sedang merancang untuk menganjurkan lebih banyak peraduan dan pemberian hadiah menerusi kempen sepanjang tahun 2022, selain mempertimbangkan pemberian hadiah berupa kereta-kereta premium.

Dengan rekod prestasi yang kukuh, myTukar menyasarkan untuk membuka enam buah pusat pameran baharu menjelang pertengahan 2022, selain melancarkan aplikasi mudah alih yang mampu menambahbaik pengalaman penjualan dan pembelian kenderaan terpakai.

Dari segi pertumbuhan, myTukar berjaya menjadi platform kenderaan terpakai digital dengan penguasaan pasaran kira-kira 50 peratus. Jenama itu menjangkakan pertumbuhan bulanan sebanyak 10-20 peratus, sementara bahagian runcit dijangka berkembang 30-50 peratus setiap tahun.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kerjasama ini memberi peluang kepada orang ramai untuk merasai tarikan kedua-dua jenama dan produk…
Berita Domestik
Peraduan yang akan berlangsung sehingga Disember 2023 ini terbuka kepada penyertaan umum di mana…
Berita Domestik
Peraduan itu terbuka kepada pembeli motosikal Honda baharu dengan kapasiti enjin 160 cc dan ke…