Penala Jepun sumbat enjin GR Yaris dalam jentera drift AE86 Levin

oleh Mohamad Hanif|
Enjin tiga silinder sebaris G16E-GTS muncul buat kali pertama pada model GR Yaris di mana ia mampu menghamburkan kuasa setinggi 268 hp dan daya kilas 370 Nm.

Pada GR Corolla yang baru dilancarkan, angka tersebut ditingkatkan kepada 300 kuasa kuda namun daya kilas masih lagi sama 370 Nm.

Enjin ini sudah pun terbukti mempunyai potensi yang cukup besar, di mana ada penala yang sudah pun berjaya mencapai kuasa setinggi 472.8 hp pada GR Yaris!
 

GR AE86


Penala dari Jepun, Daddy Motor Works membuat keputusan untuk menyumbat nadi G16E-GTS itu tadi pada sebuah jentera drift AE86 Levin.

Kuasa itu tadi disalurkan kepada roda belakang menerusi transmisi manual enam kelajuan daripada GT86, sebelum membuat beberapa modifikasi lain seperti plet penyesuai kustom untuk memastikan enjin GR Yaris itu tadi muat dengan bell housing daripada Nissan L-series.
 

GR AE86


Selain itu, rak stereng juga telah dialihkan ke depan bagi memastikan enjin tersebut muat dengan baik, di mana enjin tersebut nampak kecil bila duduk di dalam ruang enjin AE86 itu tadi.

Untuk menjadi sebuah jentera drift yang sempurna, casis telah dipasangkan dengan sangkar keselamatan sebelum ditambah tahap ketegarannya, gandar belakang diperoleh daripada Toyota Crown, sistem brek daripada model Skyline GT-R R32, dan dikemaskan dengan rim Chevlon enam jejari bersaiz 16 inci.

 

Baca: GR Yaris paling berkuasa di dunia

Baca: Tahukah anda, enjin GR Yaris boleh dibeli terus dari Toyota?

Sumber: IG daddymotorworks

Berita Berkenaan

Berita Global
Syarikat penala Vorsteiner nampaknya telah berjaya memikirkan satu penyelesaian bagi masalah rupa…
Berita Global
Namun, itu semua bukanlah penghalang bagi sesetengah pihak untuk meningkatkan lagi keupayaan yang…
Berita Global
Bagi mereka yang masih mencari-cari sebuah SUV yang serba jahat talaan Brabus, ini merupakan contoh…