Pengambilalihan PLUS: Kerajaan minta maklumat terperinci dikemukakan semula

oleh SALINA JALIL|
Kerajaan meminta supaya maklumat terperinci berhubung tawaran pengambilalihan syarikat konsesi lebuh raya PLUS Malaysia Bhd dikemukakan sekali lagi oleh pihak yang berminat, kata Menteri Kerja Raya Baru Bian.

Beliau berkata perkara itu diminta oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya segala maklumat dapat disemak semula sebelum kerajaan membuat sebarang kelulusan.


Bagaimanapun katanya tiada tempoh masa ditetapkan untuk perkara itu dilakukan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Setakat ini kerajaan menerima lima tawaran untuk mengambil alih konsesi lebuh raya PLUS, katanya  lagi.

 


Sebelum ini dilaporkan Putrajaya mengesahkan ia menerima empat tawaran rasmi daripada pihak yang berminat untuk mengambil alih PLUS iaitu Widad Group Bhd, Maju Holdings Sdn Bhd, RRJ Capital dan ahli perniagaan Tan Sri Halim Saad.
 

 

Selain itu Kementerian Kewangan turut dilaporkan berminat untuk mengambil alih pegangan Khazanah dalam PLUS berikutan Putrajaya mahu mencegah aset penting itu daripada jatuh ke tangan syarikat swasta.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Rawi, masalah utama Smart Lane ialah ramai pengguna yang tidak tahu laluan kecemasan di…
Berita Domestik
Sehubungan dengan itu, pihak PLUS akan mengaktifkan SmartLane di 14 lokasi tumpuan trafik…
Berita Domestik
MyPLUS-TTA merupakan sebuah aplikasi berkonsepkan pengagihan trafik berdasarkan polar perjalanan…