Menurut sumber Careta, permohonan Persatuan Automotif Malaysia (MAA) untuk melanjutkan tempoh pengecualian cukai tersebut tidak diluluskan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.
Ini bermakna, bermula 1 Januari 2021, kenderaan baharu tidak kira CKD atau CBU akan tertakluk semula kepada cukai jualan (SST) seperti yang dilaksanakan sebelum ini.
Tambah sumber Careta itu lagi, kenderaan baharu perlu tiba di pusat pengedar sebelum 31 Disember 2020 dan perlu segera didaftarkan sebelum 31 Januari 2021 untuk menikmati pengecualian tersebut.