Pengecualian perbaharui lesen memandu, LKM sehingga 31 Disember

oleh Mohamad Hanif|
Kerajaan kini melanjutkan tempoh pengecualian untuk pembaharuan lesen memandu dan lesen kenderaan motor (LKM) sehingga 31 Disember ini.

Menurut Datuk Seri Wee Ka Siong dalam sidang media sebentar tadi, pemandu hanya perlu memastikan kenderaan mereka memiliki perlindungan insurans yang sah sepanjang tempoh tersebut.

Sementara itu, kaunter JPJ dan PUSPAKOM akan dibuka dengan kapasiti 100 peratus bermula 6 September ini, di mana tiada lagi janji temu yang perlu dibuat.

Namun begitu, hanya individu yang sudah lengkap vaksinasi dan berstatus risiko rendah di MySejahtera sahaja yang dibenarkan berurusan di kaunter JPJ buat masa ini.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketika ini, sesiapa sahaja boleh memandu trak pikap asalkan mempunyai lesen Kelas D ia­itu motokar…
Berita Domestik
Difahamkan, lelaki berusia 20-an berkenaan ditahan ketika sedang memandu kenderaan jenis Audi kira-…
Berita Domestik
  “Antara jenis lesen tersebut adalah Lesen Belajar Memandu (LDL) tamat dalam tempoh dua tahun…