Pengeluaran Tesla di China terganggu - kilang bersedia untuk Model 3 facelift

oleh HEZERI SAMSURI|
Pengeluaran Tesla di kilang giga mereka di Shanghai menurun 12 peratus sejak September lalu kerana gangguan kepada proses pengeluaran mereka akibat persediaan bagi memasang Model 3 facelift yang bakal dilancarkan kelak.

Kilang tersebut menghasilkan sebanyak 74,073 unit Model 3 dan Model Y untuk bulan lalu, termasuk eksport. Ia menunjukan penurunan ketara dari 84,159 unit yang dihasilkan untuk bulan Ogos (data dari Persatuan Kenderaan Penumpang China atau CPCA).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pelancaran Model 3 yang baharu itu dijangka akan meningkatkan lagi penjualan jenama US itu di China. Model 3 facelift dikatakan akan mempunyai pengalaman pemanduan yang lebih baik dan selesa, di mana fokus diberikan lebih kepada pengendalian yang mewah dan kadar kedapan bunyi yang maksimum.

Dari segi reka bentuk, Model 3 facelift akan menerima beberapa perubahan ketara, termasuk bahagian hadapan yang lebih sporti dan tidak menampakkan pertalian darah dengan karektor Lord Voldemort dari Harry Potter. 

Di Malaysia, pengguna yang sudah menempah Model Y berkata mereka dihubungioleh Tesla beberapa kali untuk menawarkan penukaran ke Model 3. Nampaknya Tesla benar-benar mahu memberi tumpuan kepada Model 3 baharu itu nanti.

Di bawah ialah video pandu uji Model Y spek Malaysia kami.

 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pelancaran ini memperlihatkan sejumlah 8 pengecas Tesla Supercharging V4, selain turut dilengkapi…
Berita Global
Laporan itu datang selepas Ketua eksekutif Tesla, Elon Musk membuat lawatan mengejut untuk bertemu…
Berita Domestik
Tesla baharu sahaja mengumumkan tarikh bagi tontonan umum untuk model trak sensasi mereka iaitu…