Pengguna kini boleh bayar tol guna kad debit/kredit di GCE, AKLEH

oleh Mohamad Hanif|
Pengguna Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) dan Lebuhraya Bertingkat Ampang-KL (AKLEH) kini boleh menggunakan mekanisme pembayaran kad debit, kad kredit atau kad prabayar.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam satu kenyataan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PROLINTAS, Dato' Mohammad Azlan Abdullah berkata, altenatif pembayaran tol baharu itu boleh digunakan oleh pengguna kenderaan Kelas 1 di lorong khas yang disediakan.

“Sistem itu mula dijalankan di ketiga-tiga plaza tol Lebuhraya GCE iaitu Plaza Tol Bukit Jelutong, Plaza Tol Elmina dan Plaza Tol Lagong bermula 13 September 2023.
 

tol


"Sementara itu, Plaza Tol Datuk Keramat, Lebuhraya AKLEH sudah menerima pembayaran tol baharu itu sejak 9 September lalu. Satu lorong disediakan di setiap plaza tol untuk proses percubaan sistem itu selaras dengan piawaian yang ditetapkan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM),” ujarnya.

“Kaedah ini sebagai tambahan untuk kaedah pembayaran sedia ada seperti kad Touch n’ Go, SmartTag dan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID). Inisiatif ini dijangka menyediakan kemudahan dan fleksibiliti untuk pengguna lebuh raya di plaza tol dengan lebih banyak pilihan pembayaran tol sekali gus menyumbang ke arah penambahbaikan industri lebuh raya negara
secara keseluruhannya,” jelas beliau.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
“Dalam kes ini, pembeli (yang menuntut) tidak mempunyai sebarang pengetahuan teknikal tentang…
Berita Global
Statistik jualan bagaimanapun menunjukkan bahawa jualan EV sebenarnya meningkat untuk suku pertama…
Berita Domestik
Chery Malaysia juga memberikan sebuah kereta untuk digunakan sementara proses itu berlangsung.…