Pengguna Maybank PETRONAS Visa kini boleh nikmati faedah TreatsPoints dan pulangan tunai melalui aplikasi Setel

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Aplikasi pembayaran petrol di Malaysia, Setel telah mengumumkan ketersediaan faedah TreatsPoints dan ganjaran pulangan tunai untuk pelanggan yang membuat pembayaran petrol menggunakan kad kredit Maybank PETRONAS Visa melalui aplikasi Setel.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kerjasama antara Setel dan Maybank itu bakat memberi pengalaman yang lancar, mudah dan bermanfaat untuk pengguna dengan menggabungkan aplikasi canggih Setel bersama kad kredit Maybank.

Bermula 1 September 2023, pengguna Maybank PETRONAS Visa Platinum dan Gold dapat menikmati 5x TreatsPoints pada hari bekerja dan 8x TreatsPoints pada hujung minggu.

Untuk menikmati ganjaran tersebut, pengguna hanya perlu memautkan kad kredit mereka dan membuat pembayaran petrol melalui aplikasi Setel.

 

2

 

Pengguna Maybank Islamic PETRONAS Ikhwan Visa Platinum dan Gold Credit Card-i pula boleh menikmati ganjaran pulangan tunai dengan setiap pembayaran petrol dibuat menggunakan kad kredit yang telah dipautkan di aplikasi Setel.

Pengguna kini akan menerima sebanyak 8 peratus pulangan tunai dengan setiap pembayaran petrol yang dilakukan pada hujung minggu, dan sebanyak 1 peratus pulangan tunai pada hari bekerja.

Dengan had bulanan pulangan tunai sebanyak RM50, pengguna kini dapat memaksimumkan penjimatan untuk perbelanjaan petrol.

Untuk maklumat lanjut mengenai ganjaran di atas dan ganjaran menarik yang lain, sila layari laman sesawang Maybank dan laman sesawang Setel.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Integrasi DuitNow QR dengan fungsi “Setel Pay” dalam aplikasinya berpotensi untuk meluaskan lagi…
Berita Domestik
Perkhidmatan yang disediakan ialah penggantian bateri, jump start bateri, tukar tayar, bantuan…
Informasi
Solusi yang pertama seumpamanya ini disediakan sekarang untuk 1,000 pengguna Setel pertama yang…