Manakan tidak, dengan hanya satu pakej, anda boleh mendapatkan sebuah kenderaan yang sudah cukup praktikal untuk membawa keluarga bercuti, bekerja atau sekadar memandu di hujung minggu seorang diri mencari ketenangan.
Inginkan pakej yang lebih menarik?
Lexus Malaysia merupakan salah satu jenama automotif mewah yang menawarkan barisan SUV yang menarik perhatian dan lengkap dengan ciri-ciri moden untuk disesuaikan dengan keperluan anda.
Barisan SUV Lexus dimulakan dengan model SUV kompak Lexus UX, SUV bersaiz pertengahan Lexus NX, SUV bersaiz besar Lexus RX dan tidak ketinggalan SUV bersaiz penuh Lexus LX.
Lexus UX
Bagi mereka yang lebih mementingkan pemanduan urban, Lexus UX merupakan antara pilihan yang ideal disebabkan saiznya yang kecil memudahkan urusan pemanduan di dalam bandar.
Selain daripada itu, Lexus UX juga ditawarkan dalam variasi warna yang 'trendy' diikuti dengan kemasan papan pemuka yang serba premium yang diinspirasikan daripada kertas Jepun ‘washi’ dan sulaman tradisional Jepun ‘sashiko’ pada tempat duduk, membuatkan anda terlupa ia sebenarnya sebuah SUV aras mula dari Lexus.
Platform GA-C yang menjadi asas kepada Lexus UX menjanjikan ruang kabin yang lebih luas, serta menawarkan pemanduan dan pengendalian yang lebih menyeronokkan untuk sebuah SUV, ditambah dengan sistem suspensi yang mampu menyerap segala gegaran dari jalan dengan baik.
Lexus UX juga menawarkan posisi lantai kargo yang lebih rendah bagi memudahkan urusan memuat naik atau menurunkan barangan, terutama jika anda baharu sahaja selesai membeli belah bermacam-macam barangan di Pavilion.
Lexus NX
Sebuah lagi SUV yang dikategorikan sebagai SUV urban adalah Lexus NX atau nama panjangnya 'Nimble Crossover'.
Membawakan penampilan yang lebih garang, Lexus NX sebelum ini bertindak sebagai crossover aras mula bagi barisan SUV Lexus sebelum takhtanya dipegang oleh adiknya Lexus UX.
Dengan dimensinya yang lebih besar, Lexus NX menawarkan ruangan kargo yang lebih luas (500 liter), dan boleh dipertingkatkan kapasitinya dengan tempat duduk baris kedua yang boleh dilipat dalam nisbah 60:40.
Ciri ini lebih praktikal terutama bagi mereka yang memiliki gaya hidup yang serba aktif dan perlu membawa peralatan sukan yang rata-ratanya bersaiz besar dengan selamat dan paling penting, bergaya!
Lexus RX
Lexus RX memegang reputasi sebagai salah sebuah SUV yang paling popular di dalam pasaran yang bukan sahaja bertindak sebagai model utama kepada Lexus, malah membantu menyemarakkan lagi pasaran SUV mewah ketika mula diperkenalkan pada tahun 1998.
Generasi keempat Lexus RX yang dilancarkan di peringkat global pada tahun 2015 membawakan gaya bahasa Lexus yang terkini seperti Spindle Grille yang lebih berani, serta rekaan garis bumbung terapung.
Dengan penampilan yang lebih agresif dan imej mewah, Lexus RX tidak dapat dinafikan sebagai sebuah pakej serba lengkap yang sesuai untuk kegunaan ahli keluarga mahupun ahli perniagaan yang berjaya.
SUV bersaiz besar ini juga bukan sahaja selesa dengan ciri tempat duduk balutan kulit semi aniline dan tempat duduk belakang yang boleh dibaringkan, malah hadir dengan ciri Panoramic View Monitor yang memudahkan urusan pemanduan terutama di kawasan bandar.
Lexus LX
Bagi yang mahukan sebuah pakej yang lebih menyeluruh, "Abang Besar" kepada keluarga SUV Lexus adalah Lexus LX atau nama penuhnya Luxury Crossover.
Model SUV bertaraf mercu dari Lexus ini juga turut didatangkan dengan ciri pemanduan off-road sejati, terima kasih kepada sistem pacuan empat roda (4WD) sepenuh masa dan enjin V8 5.7 liter berkuasa 362 hp yang berupaya menawan apa jua bentuk muka bumi di hadapan.
Lasak di luar, namun penampilan ruang kabinnya diserikan dengan kehadiran upholsteri kulit dan tidak ketinggalan jam analog yang elegan - kesemua elemen di dalam kabin direka dengan teliti tanpa mengorbankan aspek kemewahan.
Lexus Safety System+
Tidak lengkap penampilan sesebuah SUV yang serba mewah, cantik dan bergaya tanpa kehadiran ciri keselamatan termaju bagi menjamin keselamatan dari segenap inci sepanjang pemanduan.
Untuk model-model terbaharu, Lexus menawarkan ciri keselamatan Lexus Safety System+ (LSS+) sebagai satu komponen standard terdiri daripada beberapa penderia yang sofistikated dan sistem kamera bagi membantu mengelakkan kejadian yang tidak diingini.
Pakej LSS+ merangkumi ciri seperti Pre-Collision System (PCS), Dynamic Radar Cruise Control (DRCC) dengan fungsi Berhenti/Mula, Bantuan Pengesanan Laluan (LTA) dan Sistem Suluhan Tinggi Adaptif (AHS).
Dengan adanya sistem itu tadi, pemanduan seharian anda lebih selamat dan lebih mendatangkan ketenangan jiwa.