Penunggang OKU terbunuh langgar MPV

oleh HEZERI SAMSURI|
Seorang penunggang motosikal OKU terbunuh selepas melanggar sebuah MPV yang berhenti di lorong kecemasan di KM85.1 lebuhraya PLUS pagi semalam (Ahad 5 Jun).

Mangsa, Muhammad Faizol Azahar, 23 cacat penglihatan mata sebelah kiri, meninggal dunia di lokasi kerana kecederaan parah di kepala.

Kejadian yang berlaku di kawasan Sungai Petani itu membabitkan sebuah MPV yang membawa tiga orang termasuk dua orang sami. Kenderaan tersebut berhenti di lorong kecemasan selepas mengalami masalah enjin.

Menurut laporan akhbar The Star, ketiga-tiga individu di dalam van tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes tersebut sedang disiasat di bawah Seksyen 41, Akta Pengangkutan Jalan 1987.

* Gambar utama bukan gambar sebenar

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang, Mohd Fauzi Md Nor berkata kejadian itu turut…
Berita Domestik
Polis memberitahu, setakat ini, kedua-dua pihak masih belum tampil membuat laporan polis. Menurut…
Berita Domestik
Menurut laporan Bernama, Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong menyebut empat lokasi…