Penunggang P-Hailing - 64 peratus langgar undang-undang!

oleh HEZERI SAMSURI|
Penunggang P-Hailing, iaitu penghantar makanan/barang menggunakan motosikal telah dikesan banyak melakukan kesalahan trafik pada waktu puncak.

Menurut laporan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) yang membuat kajian melalui kamera CCTV dari 4 hingga 7 Ogos lalu di 11 laluan utama di Kuala Lumpur antara jam 11 pagi hingga 2 petang, lebih kurang 64 peratus dari penunggang-penunggang P-Hailing itu melakukan kesalahan trafik.

Antaraya ialah:

  • Berhenti di petak kuning
  • Berhenti di lintasan pejalan kaki
  • Melanggar lampu isyarat
  • Menggunakan telefon bimbit ketika menunggang

Kajian itu disokong dengan statistik kemalangan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Polis Di Raja Malaysia yang merekodkan 150 kemalangan dengan 4 kematian yang membabitkan penunggang P-hailing sepanjang tiga bulan ketika PKP.

 

 

Ketua Pengarah MIROS, Dr Khairil Anwar Abu Kassim berkata jika tren ini tidak berubah dan tidak dibendung, semakin ramai penunggang P-hailing akan terbabit dalam kemalangan jalanraya.

"Mereka mengejar komisen, dan kerana itu mereka cuba sampai ke destinasi dengan kadar segera," terangnya.

Khairil juga menegaskan usaha untuk mencegah masalah ini tidak boleh dengan cara hukuman sahaja.

"Ia perlu ada sistem pengiktirafan di mana sekiranya penunggang tidak melakukan kesalahan trafik ketika bertugas, ganjaran atau pengiktirafan perlu diberikan," cadang Khairil.

MIROS juga sedang merangka program dengan sebuah syarikat pengendali P-hailing untuk meletakkan merit kepada penunggangnya berdasarkan maklum balas orang awam.

"Permintaan yang banyak untuk perkhidmatan P-hailing memang bagus untuk ekonomi negara dan membuka peluang pekerjaan tetapi jika tidak dipantau, masalah kemalangan jalanraya yang boleh membunuh ini akan menghantui kita semua," tambahnya.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Beliau berkata, menerusi operasi yang dijalankan di Jalan Abdullah Tahir, di sini, baru-baru ini…
Berita Global
Persefahaman dua syarikat itu bakal menghasilkan motosikal elektrik di bawah nama Electrum dan akan…
Berita Domestik
  Sebanyak 25 notis kompaun dikeluarkan dalam waktu yang singkat menunjukkan kesedaran terhadap…