Katanya, Toyota Alphard kemudiannya berpatah balik selepas mendapati ada lagi sekatan jalan raya di Kampung Tanah Puteh.
Berikutan itu, kenderaan berkenaan sekali lagi memasuki jalan ke Kuala Betis sebelum anggota polis bertindak melepaskan tembakan berhampiran sekatan jalan itu.
“Tembakan itu terkena tayar belakang Toyota Alphard terbabit sebelum hilang kawalan dan terbabas ke longkang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Taufik berkata, polis yang melakukan siasatan menemui lima pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar berada dalam kenderaan terbabit.
Beliau berkata, pemandu kenderaan itu melarikan diri ke dalam hutan berdekatan kampung berkenaan dan belum dapat dikesan.
“PATI yang terdiri daripada dua lelaki dan tiga wanita itu dipercayai dibawa ke negeri ini dan mereka ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.
Mohd Taufik berkata, lima pendatang asing terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dan tembakan polis itu hanya terkena tayar kenderaan berkenaan.
“Kita sedang mengesan pemandu kenderaan itu yang masih menghilang diri,” katanya.
Beliau berkata, sekatan jalan di Jalan Gua Musang-Kuala Betis bertempat di Kampung Panggong Lalat itu dilaksanakan berikutan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)