Pesawat ringan tergelincir semasa latihan di Melaka, juruterbang wanita selamat

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Seorang pelatih wanita berdepan detik cemas apabila pesawat ringan yang dikendalikan dalam latihan penerbangan hilang kawalan semasa membuat pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Batu Berendam (LTAM) tengah hari tadi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, kejadian tersebut dilaporkan berlaku sekitar jam 12.16 tengah hari tadi di landasan RMY 21 Lapangan Terbang Antarabangsa Batu Berendam.

Juruterbang pelatih wanita berusia 23 tahun bagaimanapun terselamat dan hanya mengalami sakit dada sebelum dikejarkan ke Hospital Melaka menaiki ambulans.

Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, "pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden menimpa pesawat milik International Aero Training Academy Sdn Bhd (IATAC) jenis Piper 28 itu pada pukul 12.42 tengah hari."

“Pesawat dikatakan hilang kawalan dilandasan RWY 21 dan tindakan telah diambil di Post 1 untuk ketibaan ambulans dan pesawat berjaya dikeluarkan sepenuhnya dari lokasi kejadian pada pukul 12.50 tengah hari."

Menurut beliau, setakat ini masih tiada laporan polis secara rasmi dibuat kepada pihak polis.

 

Sumber: Malaysia Gazette

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dalam insiden jam 1.45 tengah hari itu, juruterbang Daniel Yee Hsiang Khoon, 30, dan pembantu…
Berita Global
Menerusi syarikat Honda Aircraft Company, Honda baru-baru ini mengumumkan pengedaran pesawat…
Berita Domestik
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata mayat masih belum dikeluarkan dari serpihan…