NAHAS KAPAR : JURUTERBANG DAN PENUMPANG DITEMUI MAUT

oleh Firdaus Razani|
Berikutan nahas pesawat ringan terhempas tengah hari tadi, kini dilaporkan polis telah menemui dua mayat mangsa dalam nahas pesawat ringan di Kampung Tok Muda, Kapar, Klang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata mayat masih belum dikeluarkan dari serpihan kerana beberapa kesukaran.

Tambahnya, pihak berkuasa yang melibatkan polis, bomba dan penyelamat serta jabatan pertahanan awam masih berusaha untuk mengeluarkan mayat daripada serpihan.

Menurut manifes penerbangan, lelaki warga Malaysia itu dikenali sebagai Daniel Yee Hsiang Khoon, 30 dan Roshaan Singh Rania, 42.

Yee dipercayai juruterbang, manakala Roshaan sebagai penumpang.

 

pesawat

 

"Pesawat seberat kira-kira 1,300 kg itu terhempas dan tertimbus sedalam kira-kira dua meter ke dalam tanah," katanya kepada pemberita di sini pada Selasa (13 Feb)," katanya.

Pasukan pemulihan turut menggunakan backhoe daripada majlis tempatan untuk mengalihkan serpihan.

“Kedua-dua mayat akan dibawa ke Hospital Klang untuk bedah siasat dan pengecaman oleh ahli keluarga sebaik sahaja pulih,” katanya.

Beliau juga berkata bahawa kedua-dua mangsa ditemui di kokpit pesawat.

“Pesawat itu adalah pesawat rekreasi, juruterbang itu adalah seorang pengajar yang menyertai kelab terbang rekreasi dan penumpang itu adalah ahli kelab itu,” katanya.

Serpihan pesawat itu ditemui dalam radius 50m dari lokasi nahas dan walaubagaimanapun, tiada kerosakan awam dilaporkan berlaku di kawasan berhampiran.

 

pesawat

 

Kira-kira 130 hingga 150 anggota daripada pelbagai agensi terlibat dalam operasi itu dan Biro Siasatan Kemalangan Udara, di bawah Kementerian Pengangkutan, akan menyiasat nahas itu.

Polis berkata dianggarkan operasi itu akan berakhir malam ini.

Turut kelihatan berhampiran lokasi nahas ialah Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Timbalan Ketua Polis Selangor dan Ketua Polis Klang Utara.

 

SUMBER : TheStar

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan pesawat ringan model BK 160 Gabriel…
Berita Domestik
Berdasarkan analisis visual dan pemerhatian oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) MOT, hujung…
Berita Domestik
Jelasnya, pesawat itu sudah pun mendapat kebenaran daripada menara kawalan beberapa minit sebelum…