Petronas Dagangan catat perolehan RM37.55 bilion, jual 16 bilion liter bahan api

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Petronas Dagangan Bhd (PDB) mencatatkan jumlah jualan melebihi 16 bilion liter bahan api tahun lalu, meningkat lapan peratus tahun ke tahun, manakala perolehan sebanyak RM37.55 bilion.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan sempena mesyuarat agung tahunan (AGM) ke-42 pada Isnin, syarikat itu menjelaskan, meskipun harga jualan purata lebih rendah namun pihaknya merekodkan peningkatan perolehan sebanyak dua peratus didorong jumlah jualan lebih tinggi dan keuntungan selepas cukai juga meningkat 23 peratus kepada hampir mencecah RM1 bilion.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusannya, Azrul Osman Rani, berkata prestasi terbaik dalam sejarah PDB itu menunjukkan kejayaan strategi pihaknya dalam meningkatkan standard dengan menyampaikan pengalaman pelanggan yang unggul.

"Pengguna masa kini menuntut cara yang lebih mudah dan baik dalam melakukan sesuatu, dan kami memberi maklum balas menerusi pelaburan yang besar dalam penyelesaian fizikal dan digital kami," katanya.

PDB turut mengisytiharkan dividen keseluruhan sebanyak 80 sen sesaham, disokong oleh prestasi yang kukuh.

Menurut PDB perniagaan runcit mencapai jumlah jualan yang tidak pernah dicatatkan sebelum ini bagi 2023 didorong oleh perkhidmatan pelanggan yang unggul, produk berkualiti premium, dan penyelesaian digital seperti program kesetiaan Mesra Rewards tanpa kad.

Selain itu, perniagaan komersial pula merekodkan pertumbuhan kukuh sebagai tindak balas kepada lonjakan semula permintaan dalam sektor penerbangan dan huluan.

"Perniagaan gas petroleum cecair (LPG) mengatasi pertumbuhan industri dengan peningkatan enam peratus, memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju pasaran dalam segmen isi rumah dan komersial.

"Perniagaan minyak pelincir turut mencatatkan prestasi luar biasa, dengan peningkatan jualan sebanyak sembilan peratus, disokong oleh prestasi kukuh jenama utamanya iaitu, Syntium, Sprinta dan Urania," tambahnya.

PDB turut menjelaskan Setel mencapai trajektori pertumbuhan yang ketara pada tahun kewangan yang sama, dengan peningkatan ketara nilai barang dagangan kasar (GMV) daripada RM1.8 bilion kepada RM2.5 bilion.

Syarikat itu memaklumkan pemilihan pihaknya sebagai antara penyedia perkhidmatan e-dompet untuk eBelia Rahmah dan eMadani telah memperluas jumlah asas penggunanya.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Isu ini telah diselesaikan pada Rabu dan kita di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara…
Informasi
Ia juga menemui beberapa pakej takungan batu pasir Campanian yang mengandungi minyak. Penilaian…
Informasi
  Azfar berkata, "Saya tidak pernah memenangi sesuatu yang begitu hebat dan saya tidak dapat…