PETRONAS umum penemuan minyak di Surinam

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
PETRONAS Suriname E&P B.V. (PETRONAS Suriname E&P), sebuah anak syarikat PETRONAS menemui minyak di telaga penerokaan Roystonea-1 di Blok 52 Surinam.

Syarikat minyak dan gas nasional itu dalam satu kenyataan berkata, telaga minyak yang terletak kira-kira 185 kilometer di luar pesisir pantai dengan kedalaman air 904 meter itu berjaya digerudi sehingga kedalaman keseluruhan 5,315 meter.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia juga menemui beberapa pakej takungan batu pasir Campanian yang mengandungi minyak.

Penilaian lanjut sedang dijalankan untuk menentukan tahap penuh penemuan itu dan potensi sinergi pembangunannya dengan penemuan Sloanea-1 yang dibuat pada 2020 dalam blok yang sama.

Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Huluan PETRONAS, Datuk Adif Zulkifli, berkata PETRONAS melihat penemuan minyak Roystonea-1 sebagai perkembangan positif ke arah merealisasikan strategi tong berbezanya bagi usaha huluan antarabangsa, memfokuskan kepada penemuan bahan dengan bahan cemar yang minimum.

Sementara itu, Naib Presiden Eksplorasi PETRONAS, Mohd Redhani Abdul Rahman, berkata kejayaan Roystonea-1 dijangka memacu penerokaan selanjutnya untuk sumber hidrokarbon yang berdaya maju secara komersial di kawasan sekitar.

"PETRONAS akan terus bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa hos, Staatsolie, dan rakan kongsi untuk membuka kunci potensi hidrokarbon Surinam.

"Kami berharap dapat melaksanakan program penerokaan masa depan yang selamat dan berjaya bersama-sama," katanya.

Blok 52, yang meliputi kawasan seluas 4,749 kilometer persegi, terletak di utara pantai Paramaribo, ibu kota Surinam, dalam kawasan lembangan Suriname-Guyana.

PETRONAS Suriname E&P ialah pengendali Blok 52 dengan 50 peratus kepentingan penyertaan.

Sebagai tambahan kepada Blok 52, PETRONAS Suriname E&P mengendalikan Blok 48 dengan 100 peratus kepentingan penyertaan.

Ia juga adalah rakan kongsi dengan 30 peratus kepentingan penyertaan bukan operasi dalam Blok 53 bersebelahan di mana penemuan minyak Baja-1 dibuat pada 2022.

Penemuan itu adalah hasil usaha berterusan PETRONAS ke arah memastikan keterjaminan tenaga untuk memenuhi permintaan tenaga global yang semakin meningkat.

Sementara itu, Staatsolie berkata, telaga Roystonea-1 adalah sebahagian daripada kawasan penerokaan Blok 52 Surinam, iaitu blok sama usaha sama PETRONAS-Exxon pada 2020 menemui gas asli.

Ketua Eksekutif Staatsolie, Annand Jagesar, berkata petanda menunjukkan PETRONAS akan berusaha untuk menggerudi satu lagi telaga di blok itu kerana ia cuba mencari jumlah yang diperlukan untuk membangunkan medan berkenaan.

Beliau berkata, prospek sangat positif kerana mereka telah menetapkan sasaran untuk menggerudi telaga lain.

Katanya, satu lagi telaga yang berjaya akan meletakkan asas untuk pembangunan kedua di Surinam.

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Isu ini telah diselesaikan pada Rabu dan kita di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara…
Informasi
  Azfar berkata, "Saya tidak pernah memenangi sesuatu yang begitu hebat dan saya tidak dapat…
Berita Domestik
  Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Azrul Osman Rani berkata syarikat itu komited untuk…