Kedua-dua model tersebut telah berjaya mencuri perhatian dari para juri dengan rekaan luaran yang menonjol serta sporty.
Ia didatangkan dengan lampu nyalaan siang dari jenis LED yang menegak pada bahagian hadapan bukan sahaja mencerminkan bahasa reka bentuk Peugeot, malah memberikan jenama itu ciri sentuhan tersendiri.
Di bahagian belakang pula, lampu belakang dengan efek cakaran 3D yang disaluti kemasan hitam berkilat menghasilkan imej yang premium pada kedua-dua model kompak itu.
Salah satu faktor kemenangan Peugeot ini adalah kluster instrumen 3D yang didatangkan dengan stereng kompak ‘flat bottom’ dan skrin berukuran 10 inci.
Ketiga-tiga komponen ini merupakan sebahagian daripada rekaan i-Cockpit Peugeot yang telah berjaya memenangi pelbagai anugerah lain sebelum ini.
Peugeot 208 dan 2008 telah dilancarkan pada bulan Februari dan Jun tahun lalu dan ia juga boleh didapati dalam versi elektrik yang menggunakan awalan ‘e-‘ pada namanya.
Versi elektrik ini mempunyai beberapa ciri unik seperti warna gril radiator yang sama dengan casis dan logo singa yang boleh berubah warna.
Persoalan dari Careta, adakah variasi elektrik ini akan hadir ke sini?