Peugeot ganti tombol gear lama dengan suis kecil yang lebih moden

oleh Mohamad Hanif|
Tombol gear automatik yang ada pada model Peugeot masa kini akan perlahan-lahan digantikan dengan suis penukaran yang jauh lebih kecil dan lebih moden.

Menurut Peugeot, antara model terawal yang bakal mendapat kemaskini tersebut termasuklah model 208, 2008, serta tidak ketinggalan model EV e-208 dan e-2008.

Rekaan terbaharu suis penukaran gear ini dikatakan jauh lebih moden, dan menjadikan ruang kokpit jauh lebih luas, lebih sesuai dengan imej 3D PEUGEOT i-Cockpit yang diterapkan oleh model-model Peugeot masa kini.
 

208


Ia menggandingkan warna krom satin dengan aksen piano black, serta bahan seakan gentian karbon pada bahagian tempat rehat pergelangan tangan.

Untuk kenderaan konvensional dan EV, pemandu boleh memilih posisi Reverse, Neutral dan Drive, diikuti butang berasingan untuk meletakkan kenderaan.

Sebuah lagi butang M membolehkan pemandu menukar gear sendiri menggunakan paddle shifter, manakala untuk EV, butang M tersebut digantikan dengan B yang akan mengaktifkan brek regeneratif.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Peugeot menjawab persoalan ini dengan model baharu 408 crossover coupe, dan ia sebenarnya…
Berita Domestik
Di dalam video tersebut, Stellantis memperincikan aspek pengeluaran, kualiti serta pengujian…
Berita Domestik
Pakej terbaharu ini tertakluk kepada model-model crossover seperti 2008, 3008, dan 5008 yang dijual…