Pihak Imigresen dan Kastam Singapura arah pemandu lori positif COVID-19 berpatah balik

oleh SALINA JALIL|
gambar dari Harian Metro
Pemandu lori diarah berpatah balik semula ke Malaysia selepas ujian saringan Covid-19 terhadapnya di Pusat Pemeriksaan Tuas, Singapura didapati positif semalam.


Difahamkan, pihak Imigresen dan Kastam Singapura (ICA) turut memaklumkan hasil ujian saringan pemandu lori berusia 50 tahun terbabit kepada pihak berkuasa Malaysia di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) Sultan Abu Bakar di Gelang Patah dekat sini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Singapura mula menguatkuasakan arahan mewajibkan pemandu dan kelindan kenderaan membawa kargo yang memasuki Singapura melalui Tuas dan Woodlands diwajibkan melalui ujian saringan Covid-19 bagi mengekang kes import ke republik itu, berkuat kuasa Jumaat lalu.

 

Melalui satu kenyataan media Kementerian Perdagangan dan Industri (MTI) Singapura pada Khamis lalu, perintah itu berkuat kuasa pada 9 pagi Jumaat lalu terhadap semua pemandu dan kelindan lori yang memasuki republik itu melalui dua pintu masuk darat ke republik itu dari Malaysia.

 

Terdapat dua pintu masuk darat yang digunakan bagi kenderaan kargo ke Singapura iaitu melalui Tambak Johor dan Gelang Patah.

 

"Bagi mendepani peningkatan risiko terhadap kes import Covid-19, Singapura memperketatkan kawalan sempadan dengan mewajibkan semua pengunjung untuk menjalani ujian saringan Covid-19 setibanya di republik ini.

 

"Sejajar dengan langkah ini, ujian saringan Antigen Rapid Test (ART) di pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas akan dimulakan terhadap pemandu kargo dan kelindan yang memasuki Singapura.

 

"Hanya pemandu dan kelindan yang didapati negatif akan dibenarkan meneruskan perjalanan ke Singapura," kata kenyataan MTI.

 

Sementara itu, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) turut mengeluarkan pekeliling berkaitan yang antara lain menyebut di peringkat awal, kos saringan itu akan ditanggung oleh kerajaan Singapura.

 

"Bagi membolehkan mereka kembali ke Singapura, individu terbabit perlu mengemukakan bukti ujian negatif Covid-19 atau menunggu 21 hari selepas tarikh ujian positif virus berkenaan," kata pekeliling itu.

 

Ia turut menyebut semua pemandu dan kelindan yang didapati positif akan dirujuk kepada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi tindakan seterusnya.

 

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…