Falken Billboard Banner Campaign October 2023
Falken Billboard Banner Campaign October 2023

Pintu tren LRT terbuka - Rapid KL mohon maaf

oleh Mohamad Hanif|
Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) menerusi Rapid KL memohon maaf kepada orang ramai susulan insiden sebuah pintu tren Transit Aliran Ringan (LRT) terbuka ketika tren itu sedang beroperasi pada Isnin.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Rapid KL berkata pihaknya mengambil serius insiden yang berlaku dan siasatan dilakukan bagi mengenal pasti punca kejadian.

 

“Insiden melibatkan LRT Aliran Kelana Jaya ketika tren itu berlepas daripada Stesen LRT Ara Damansara menuju Stesen LRT Lembah Subang telah dikenal pasti secepat mungkin.

“Pusat Kawalan Operasi turut menghentikan perkhidmatan tren itu dalam masa kurang daripada dua minit dan menghantarnya ke depot untuk pemeriksaan segera,” menurut kenyataan itu.
 
Dalam kejadian sekitar 3.01 petang itu, hanya tujuh penumpang berada di dalam tren dan kesemua mereka berjaya dikeluarkan dengan selamat.
 
Rapid KL juga akan melaksanakan pelan mitigasi bersesuaian bagi mengelakkan perkara tidak diingini pada masa akan datang.
 
Sumber: Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Antaranya ialah: • RM96 juta untuk Dana Sokongan Bas Henti-henti sebanyak RM96 juta untuk laluan…
Berita Domestik
Saman tersebut dikemukakan oleh plaintif iaitu Tengku Amalie Tengku Alauddin Shah, 47, Marvena…
Berita Domestik
Baru-baru ini, satu Majlis Konvokesyen ke-4 Kumpulan Prasarana telah diadakan, yang menyaksikan…