PKP diteruskan atau tidak, bergantung kepada disiplin rakyat Malaysia

oleh Mohamad Hanif|
Tempoh dua minggu terakhir Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijangka berakhir pada 14 April ini bakal menjadi penentu kepada usaha memecahkan rantian jangkitan COVID-19 berjaya ataupun tidak.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian berkata, hasil PKP akan bergantung kepada disiplin rakyat.

"Kita telah menyelesaikan dua minggu (PKP) dan dua minggu lagi terpulang kepada anda dan saya," katanya ketika sidang media di sini hari ini.

Menurutnya, kerajaan optimis dapat meratakan lengkungan kes dan mengelakkan kenaikan mendadak jika semua mematuhi perintah PKP.

Keputusan untuk melanjutkan tempoh PKP pada awal April ini akan bergantung kepada perkembangan terkini selain tiada kes positif yang mendadak dilaporkan.

"Jikalau perintah PKP tidak berjaya, ramalan JP Morgan Chase & Co dan laporan Institut Kajian Ekonomi Malaysia bahawa negara ini mencapai kes kemuncak April ini akan menjadi kenyataan," katanya.

 


Menurutnya, individu yang telah diarahkan untuk menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah perlu menepati arahan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

"Memang ada yang ingkar. Keluar dari rumah. Kita akan lihat kemungkinan untuk kuat kuasakan tindakan sama ada untuk terus tinggal di rumah atau tinggal di pusat kuarantin yang ditetapkan.

"KKM ingin menasihatkan individu yang mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara perlu mengasingkan diri anda daripada bergaul rapat dengan ahli keluarga atau orang yang tinggal serumah dengan anda selama 14 hari, 24 jam sehari," katanya.

Mengulas mengenai perkembangan jangkitan Covid-19 di Hulu Langat, beliau berkata, Jumlah kes positif Covid-19 di daerah itu telah meningkat kepada 271 setakat tengah hari tadi.

Daripada jumlah itu katanya, sebanyak 90 kes adalah di sekolah tahfiz di Sungai Lui dan mengesahkan punca penularan wabak itu daripada kluster tabligh.

Sumber: Sinar Harian
Sumber gambar: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pegawai Perhubungan By The Billions, Afiq Feisal berkata, “Kami percaya bahawa sejak kejayaan…
Berita Domestik
Secara keseluruhan, Proton dianggarkan memegang pasaran sebanyak 22.7 peratus, atau peningkatan…
Telah Diuji
Ia bukanlah satu perkara yang kurang baik, memandangkan kebanyakan negara serta pengeluar automotif…