PKPB: Boleh bergerak lebih dari 10 km

oleh HEZERI SAMSURI|
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa kedua untuk kawasan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya ini membenarkan pergerakan melebihi radius 10 km.

Larangan pergerakan tersebut seperti dalam PKPB fasa pertama tidak lagi dipakai kali ini, menurut kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Asalkan mereka bergerak dalam daerah pentadbiran yang sama, peraturan radius 10 km tidak lagi terpakai," ujar beliau semalam.

Daerah pula turutnya merujuk kepada kawasan yang diketuai oleh pegawai daerah.

Namun begitu beliau mengingatkan orang ramai bahawa hanya dua individu sahaja yang dibenarkan keuar dari rumah untuk membeli barangan dan sebagainya.

Untuk mereka yang mahu melakukan perjalanan melalui Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, mereka boleh memuat turun permohnan permit pergerakan dari Facebook Polis Diraja Malaysia (atau muat turun di pautan ini - Permit Merentas Negeri PDRM).

Borang tersebut perlu mendapat kelulusan dari ketua balai dan selepas itu boleh ditunjukan sewaktu melalui sekatan jalan raya.

"Permohonan berbentuk sosial tidak dibenarkan," ujar beliau.

PDRM telah menahan 390 individu pada hari Isnin atas kesalahan ingkar PKPB dan 386 dari mereka itu telah dikenakan kompaun.

Pengumuman "live" dari kediaman beliau semakin popular kerana mendapat komen-komen lucu berkaitan barang-barang hiasan pada almari di belakang beliau.

Antaranya, helmet motosikal yang sudah bertukar ganti.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…