PLUS JANGKAKAN JUMLAH KENDERAAN MENINGKAT PADA WAKTU PUNCAK SEPANJANG BULAN RAMADAN

oleh Firdaus Razani|
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan waktu puncak pulang bekerja adalah di antara jam 5 petang hingga 6 petang, di mana jumlah kenderaan akan berada pada tahap tertinggi pada setiap hari bekerja pada Ramadan ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Oleh itu, PLUS menyarankan semua pengguna lebuh raya supaya dapat merancang perjalanan mereka dan mengelak daripada bergerak pada waktu puncak untuk lebih keselesaan.

Bagi membantu melancarkan lagi pergerakan orang ramai untuk pulang berbuka puasa, PLUS akan mengambil beberapa langkah merangkumi persediaan operasi di plaza tol, lebuh raya dan kawasan rehat untuk pergerakan perjalanan yang lebih lancar pada waktu puncak bulan Ramadan sepanjang tempoh tersebut.

Langkah-langkah tersebut adalah seperti berikut:-

  • semua lorong masuk dan keluar di plaza tol beroperasi sepenuhnya.
  • menyediakan alat bantuan mudah alih pembaca pembayaran tol dan alat bantuan sokongan di plaza tol.
  • semua kerja penyelenggaraan yang dijalankan di plaza tol ditamatkan sebelum jam 4:30 petang bagi mengelakkan sebarang gangguan kelancaran.
  • menambah jumlah kakitangan barisan hadapan di plaza tol.
  • menugaskan pasukan bantuan teknikal di plaza tol dalam keadaan bersiap sedia.

 

Selain itu, PLUS juga akan memastikan semua kemudahan awam di kawasan rehat dan rawat (R&R) beroperasi sepenuhnya untuk menampung keperluan yang tinggi semasa waktu puncak untuk berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan ini.

Pengguna lebuh raya juga digalakkan supaya memuat turun Aplikasi PLUS bagi memudahkan mereka merancang perjalanan dan mendapatkan maklumat trafik terkini di lebuh raya.

Secara alternatif, pengguna juga boleh mengikuti laporan trafik terkini menerusi Aplikasi X @PLUSTrafik, Chatbot PUTRI, saluran radio utama negara serta papan tanda elektronik (VMS) di lokasi-lokasi terpilih.

Pengguna lebuh raya boleh menghubungi PLUSLine di 1800-88-0000 untuk mendapatkan bantuan apabila berlaku kecemasan.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kita juga ada papan tanda elektronik (VMS) dan memasang lampu hijau berkelip di atas papan tanda…
Berita Domestik
Di antara penambahbaikan tersebut adalah pemasangan Lampu Hijaun Berkelip (Green Flashing Light)…
Berita Domestik
Menurutnya, PLUS telah menambah baik laluan SmartLane bagi menampung peningkatan jumlah trafik pada…